KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menawarkan pinjaman kepada mahasiswa tahun akhir bagi mengikuti program pensijilan profesional pada tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan telah menyediakan tabung berjumlah RM15 juta bagi pelajar-pelajar tahun akhir untuk memohon bagi mendapatkan sijil profesional itu.
"Ini supaya boleh membantu untuk mendapatkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan, sebanyak 29,000 graduan belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2022.
Bagaimanapun, katanya kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan kepada 3.7 peratus pada 2022 berbanding 4.1 peratus pada 2021.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata KPT telah mengenal pasti beberapa strategi termasuk pelaburan penyelidikan berterusan dalam menentukan kecemerlangan universiti tempatan agar tidak hanya bergantung kepada ranking di peringkat antarabangsa semata-mata.
Beliau berkata ia susulan ranking antarabangsa pada hari ini menekankan soal pencapaian dan hasil penyelidikan dan bukannya faktor-faktor seperti kualiti pengajaran dan pembelajaran, komitmen universiti terhadap misi dan agenda nasional serta kemenjadian siswazah.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM16,339,467,900 yang diperuntukkan kepada KPT dalam Belanjawan 2024 dengan lebih suara menyokong selepas dibahas 20 Ahli Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Khaled berkata kerajaan telah menyediakan tabung berjumlah RM15 juta bagi pelajar-pelajar tahun akhir untuk memohon bagi mendapatkan sijil profesional itu. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPT tawar pinjaman bagi mahasiswa ikuti program pensijilan profesional
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menawarkan pinjaman kepada mahasiswa tahun akhir bagi mengikuti program pensijilan profesional pada tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.