Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang memperhalusi beberapa garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan semula pelajar ke universiti awam serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada Oktober depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata kemasukan itu membabitkan pelajar tahun akhir yang menduduki peperiksaan dan mereka yang mengikuti ijazah sarjana muda serta pascasiswazah bagi mod penyelidikan.
"KPT telah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara dan kami membuat keputusan untuk buka semula institusi pengajian tinggi secara berperingkat bermula 1 Julai hingga 1 Oktober nanti membabitkan beberapa kategori pelajar yang telah diumumkan sebelum ini.
"Bermula esok, pelajar baharu akan mendaftar namun ia menerusi dalam talian sahaja tanpa perlu hadir di universiti awam atau IPTS. Kita sudah ada SOP cuma untuk kemasukan Oktober kami masih memperincikan SOP dan ia diharap dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Yayasan An-Nahdhoh bagi membincangkan cadangan kerjasama Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)-Tahfiz yang akan diperkenalkan bagi membantu meningkatkan ilmu kemahiran pelajar tahfiz.
Mansor, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata bagi kemasukan pelajar baharu, pendaftaran hanya dilakukan secara dalam talian dan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dilaksanakan secara dalam talian sehingga hujung tahun ini serta tidak dibenarkan secara bersemuka.
Beliau berkata KPT juga sedang menyesuaikan sistem pendaftaran pelajar baharu dengan mereka bentuk semula minggu suai kenal pelajar sesuai dengan keadaan negara yang berdepan penularan pandemik COVID-19.
Mengulas lawatan hari ini, Mansor berkata KPT menyasarkan sebanyak 50 pusat tahfiz di seluruh negara terlibat dalam program TVET-Tahfiz menjelang tahun depan.
"Program itu kelak bakal melengkapkan pelajar dengan dua bidang pendidikan sekali gus iaitu tahfiz dan kemahiran agar pelajar mempunyai nilai tambah dalam mencari pekerjaan dan membantu pelajar tahfiz diberikan latihan kemahiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 30 2020
![KPT perhalusi SOP kemasukan semula pelajar Oktober depan KPT perhalusi SOP kemasukan semula pelajar Oktober depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41483187801_PendidikanBUDGET.jpg)
Pelajar baharu akan mula mendaftar esok secara dalam talian. Gambar fail
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
Sanggup mati enggan serah bumi Gaza
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura Secured Technologies (Sapura) dan syarikat berpangkalan di Turkiye, Aselsan A.S. (Aselsan) telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
"Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan" - Mazuin Hamzah
Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan. Itu kata penyanyi terkenal era 80-an, Datuk Laila Utama Mazuin Hamzah di pertandingan akhir Gegar Vaganza musim ke-11.
![Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19 Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738568909_JapanChinaOutbreak.jpg)
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
![50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam 50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737971305_tbFlorentinoBatista.jpg)
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
![Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000 Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737631215_IswardiMorni.jpg)
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71696078328_facemasks.jpg)
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
![Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736766153_TBTUNOPENG.jpg)
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
![Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736510687_ECRLtajakepukbat.jpg)
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
![hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736126144_TBHMPV.jpg)
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
![Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736090224_JapanTunaAuction.jpg)
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.