SEPANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan usaha membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk meyakinkan pihak berkepentingan bahawa bidang itu boleh dijadikan karier pada masa hadapan.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata terdapat kumpulan pelajar terutamanya yang berada di Tingkatan Enam melahirkan kebimbangan mengenai hala tuju karier sekiranya mereka memilih bidang STEM.
"(Satu daripada) usaha kita adalah bagaimana untuk bercakap dengan ibu bapa, sedikit mencabar untuk meyakinkan mereka (STEM mempunyai hala tuju karier).
"Ini kerana, ibu bapa menjadi penentu pilihan kerjaya serta masa depan anak-anak dan terdapat kekangan untuk meyakinkan mereka agar anak-anak memilih bidang STEM sebagai pilihan pengajian," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Duta Guru di sini, Rabu malam.
Fadhlina berkata usaha itu seiring dengan hasrat kerajaan memperkasa bidang STEM dalam negara dan ia juga terzahir menerusi Belanjawan 2024 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan dalam menetapkan sasaran dan langkah bagi meningkatkan penglibatan pelajar sekolah.
Anwar turut mengumumkan kerajaan akan menyediakan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.
Sementara itu, Majlis Penganugerahan Duta Guru meraikan 253 guru daripada kohort ketiga Program Duta Guru (PDG), iaitu program melibatkan kerjasama antara KPM, Yayasan Petronas dan 'Teach for Malaysia' yang diperkenalkan sejak 2020.
Menerusi penganugerahan sebagai duta guru, menandakan permulaan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah menengah masing-masing, terutamanya sekolah yang majoriti pelajarnya daripada keluarga B40.
PDG merupakan sesi latihan dua tahun dan program itu kini sedang melatih guru bagi kohort keempat yang terdiri daripada 453 guru STEM dari sekolah menengah seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Fadhlina berkata terdapat kumpulan pelajar terutamanya yang berada di Tingkatan Enam melahirkan kebimbangan mengenai hala tuju karier sekiranya mereka memilih bidang STEM. - Foto fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.