NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berkaitan kes video tular seorang pelajar perempuan dibuli di sebuah sekolah menengah, yang dipercayai di daerah Kerian, Perak.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kes tersebut juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat sebelum tindakan sewajarnya diambil.
"Kes tersebut memang menjadi keutamaan kita dan komitmen KPM adalah untuk benar-benar menangani kes buli. KPM komited untuk menangani gejala buli di sekolah menerusi penetapan peraturan, selain menambah baik garis panduan berkaitan, supaya kes seumpamanya dapat dikekang.
"Justeru di sini, saya mengingatkan khususnya ibu bapa, para guru, komuniti dan juga anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala buli ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi, di sini malam ini.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit 21 saat, memaparkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 14 Jun di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, yang didakwa berpunca dari sikap cemburu salah seorang suspek terhadap mangsa selepas dikatakan rapat dengan teman lelakinya berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Susulan itu satu laporan polis telah dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Fadhlina berkata kes tersebut juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat sebelum tindakan sewajarnya diambil. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
Kebolehpasaran pada tahap 97.3 peratus, Uniten lahirkan graduan berkualiti
Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mencapai 97.3 peratus pada 2023 sekali gus mengekalkan status universiti itu sebagai pusat pengajian dan penyelidikan tenaga terunggul
AI generatif dalam kewartawanan - menyeimbangkan inovasi dan etika
Penyepaduan AI generatif (Kecerdasan Buatan) ke dalam kewartawanan muncul sebagai alat penting yang boleh meningkatkan produktiviti wartawan.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Pelajar jadi titian eratkan persahabatan Malaysia-China
Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, khususnya China memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.