NILAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh mengenai soal itu dan memberi jaminan terhadap integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan.
"Kita akan siasat dan ambil penuh tanggungjawab ini.
"Dalam masa sama saya tegaskan, integriti kita cukup tinggi dalam mengawal dan memastikan isu peperiksaan ini dijaga dengan rapi dan dikawal dengan baik.
"SPM ini adalah peperiksaan nasional dan dari segi integriti, keselamatan dan kawalan adalah sangat ketat.
"Jadi apa saja dakwaan tentang kebocoran ini kita akan siasat," katanya ditemui pemberita selepas program Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan kebocoran kertas pemeriksaan Sejarah SPM.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Exco Pendidikan, Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin.
Mengulas lanjut berkenaan isu tersebut, Fadhlina berharap para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM tidak terganggu dengan berita berkenaan bagi membolehkan mereka memberi fokus pada kertas peperiksaan lain.
Beliau juga berkata, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada adalah sudah mencukupi bagi mengelakkan isu kebocoran kertas peperiksaan berlaku.
Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak RM788 juta diperuntukkan untuk pemberian BAP melibatkan seramai lebih lima juta murid yang dijangka selesai sepenuhnya 10 Februari ini.
Ujarnya, di Negeri Sembilan, sebanyak RM26,458,050 diperuntukkan untuk BAP melibatkan 176,387 pelajar di 478 buah sekolah.
Sementara itu, majlis berkenaan turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records lebih 100,000 pelajar dan guru di Negeri Sembilan yang berpakaian tema tradisional. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024
![KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707197397_FadhlinaSidek.jpg)
Fadhlina berkata, SOP sedia ada adalah sudah mencukupi bagi mengelakkan isu kebocoran kertas peperiksaan berlaku. - Gambar fail
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
![Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167130_Oxygenmasks.jpg)
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
![Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167807_TBmedicalplane.jpg)
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
![Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167455_TBDamascus.jpg)
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
![Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733437512_IsraelKatz.jpg)
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
![KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734006740_TBRUJIUBI.jpg)
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
![KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733639931_TBbanjirkedah.jpg)
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
![KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732772050_tbbanjirTerengganu.jpg)
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
![MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733563777_banjir.jpg)
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
![Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733214923_WongKahWoh.jpg)
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
![Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733208832_BanjirPasirMas.jpg)
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
![122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina 122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733206685_FadhlinaSidek.jpg)
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
![Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733115419_TBAzmanAdnan.jpg)
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
![Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733113113_BanjirPasirMas.jpg)
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.
![Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027 Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731234315_TBFadhlina.jpg)
Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027
KPM akan menggunakan modul PEERS dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat di negara ini.