SHAH ALAM: Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah boleh dibuat apabila berada pada mod pertama iaitu Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik saranan Anwar, selain pihaknya kini telah bergerak ke arah itu namun perjalanannya sedikit panjang.
Katanya, perhatian sentiasa diberikan dalam konteks hala tuju Tingkatan Enam termasuk kekuatan subjek, fasiliti dan infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi.
"Kita sekarang ada tiga mod Tingkatan Enam, pertama, Kolej Tingkatan Enam, mereka sahaja ditempatkan di situ; mod kedua, mereka (Tingkatan Enam) ada blok berasingan dan mod tiga, bersekali dengan aliran perdana (tingkatan lain) tetapi kita memberikan banyak fleksibiliti.
"Ketika ini, kita banyak di mod ketiga, jadi, kita ke arah memperkemaskan ke arah mod pertama, maknanya semua Tingkatan Enam jadi Kolej Tingkatan Enam," katanya selepas merasmikan Tapak Projek Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina di Bandar Elmina dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu kepadatan pelajar sekolah di Selangor.
"Pihak kami sedar bahawa Selangor adalah negeri yang paling padat selain mempunyai paling banyak sekolah, murid dan guru. Jadi, memang kita punya tumpuan untuk Selangor ini lebih sikit bagi memastikan sekolah cukup di negeri ini.
"Kepadatan dapat disuraikan dengan pembinaan sekolah yang dapat atasi isu kesesakan pelajar dalam sekolah," katanya.
Mengulas mengenai program hari ini, Fadhlina berkata sekolah itu dijangka siap pada Mac 2025 dengan pengambilan pelajar bermula pada 2026.
Pada Sabtu lepas, Anwar menyarankan agar Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.
Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Fadhlina berkata, KPM kini telah bergerak ke arah itu namun perjalanannya sedikit panjang. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional
KPDN merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar Tingkatan Enam dan kolej vokasional.

Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin).

KPM sambut baik saranan PM, tambah baik Tingkatan Enam
Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah boleh dibuat apabila berada pada mod pertama iaitu Kolej Tingkatan Enam.

'Kaji semula sistem pembelajaran Tingkatan Enam, asingkan dengan aliran perdana'
Ia termasuk dari segi peraturan ke atas pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka.

Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh rakan
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19 tahun, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Pelajar Tingkatan Enam direman bantu siasatan kes bunuh rakan
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini hingga Isnin.

Pegawai prosa, purata 18 pelajar antara SOP pembukaan semula sekolah di Pulau Pinang
Antara SOP pembukaan semula sekolah ialah pemeriksaan suhu setiap hari bagi pelajar, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.