PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) proaktif dalam memastikan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah seluruh negara dapat disegerakan.
Melalui inisiatif bitara Malaysia MADANI, usaha untuk memperkasa pelaksanaan projek ini diterajui bersama Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR).
Inisiatif dan pemantapan proses kerja memberi tumpuan kepada pengurusan projek di peringkat prabina melibatkan tiga projek rintis iaitu projek di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor; serta Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Hulu Perak; dan Sekolah Kebangsaan Seri Adika Raja, Hulu Perak, di Perak.
Walau bagaimanapun projek lain turut terus dilaksanakan melibatkan tiga fasa pelaksanaan projek iaitu prabina, sedang dibina dan sudah siap dibina.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan memastikan rakyat dapat mengikuti perkembangan kemajuan pembinaan semua projek terbabit dan KPM turut menyediakan dashboard sekolah daif sebagai rujukan kepada umum termasuk kepada semua ahli parlimen yang ingin mengikuti perkembangan projek di kawasan masing-masing.
“Ini yang menjadi tunjang dan fokus kementerian, yang mana apabila bercakap tentang projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah… tiada sebarang ketirisan, integiriti dijaga, pembinaan dipastikan mengikut jadual ditetapkan selain perolehan tender turut dilaksanakan secara telus.
“Dalam pada itu, adalah amat penting untuk kami sampaikan mesej bahawa perihal sekolah yang mempunyai bangunan daif memang menjadi tumpuan KPM ketika ini. Kedua, penekanan terhadap soal ekosistem selamat untuk anak-anak pergi ke sekolah dan seterusnya adalah akses pendidikan.
“Jika sekolah ini mempunyai bangunan daif, bagaimana kita ingin memberi jaminan akses pendidikan terbaik kepada anak-anak dalam membentuk kemenjadian mereka pada masa hadapan? Ini yang perlu diselesaikan iaitu soal infrastruktur terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabatnya di sini pada Isnin.
Astro AWANI turut membuat tinjauan tapak bagi projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB), Selangor yang merupakan salah sebuah projek rintis bagi projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah di seluruh negara oleh KPM.
Guru Besar sekolah, Noridah Manap berkata, pihaknya sangat teruja apabila sekolah terpilih menjadi salah sebuah projek rintis yang sudah tentu dapat memberi keselesaan kepada semua muridnya.
“Menerusi projek ini, kami menerima pembangunan empat bilik darjah setingkat dengan fasiliti dua buah tandas selain turut dilaksanakan penyelenggaraan bumbung di lima blok termasuk kerja-kerja pendawaian dan sebagainya.
“Sekolah juga sangat berpuas hati dengan kemajuan pembinaan melalui projek ini yang mengikut jadual dengan pemantauan dari semasa ke semasa, malah saya juga turut dibawa sekali bagi mesyuarat tapak sebelum ini. Justeru itu, kami yakin ia dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan seperti ditetapkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKBBB, Norazlin Syahidah Ali, yang juga alumni sekolah tersebut turut gembira dengan penambahbaikan dilaksanakan sekali gus membantu melancarkan proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP).
“Sekolah ini sudah berusia lebih 40 tahun dan saya mengharapkan perubahan yang lebih baik demi menjamin keselesaan murid dan guru khususnya fasiliti seperti bilik darjah serta kemudahan seperti tandas.
“Ketika ini, sebuah kelas terpaksa menampung lebih 40 orang murid… ia tentu sekali memberi kesan terhadap sesi pempelajaran mereka. Justeru, dengan adanya penambahan lagi empat bilik darjah ini ia pastinya menyediakan suasana kondusif kepada semua murid,” jelasnya.
Sebagai rekod, untuk suku tahun kedua tahun ini terdapat 869 buah sekolah yang mempunyai bangunan pada skala 6 dan 7 di seluruh Malaysia yang dikategorikan sebagai bangunan daif. Daripada jumlah tersebut, bilangan sekolah mempunyai bangunan daif yang tertinggi adalah di negeri Sarawak iaitu sebanyak 367 buah sekolah dan diikuti Sabah 310 buah sekolah.
KPM dalam pada itu menegaskan tiga projek rintis yang sedang dilaksanakan akan turut diperluaskan pelaksanaannya ke sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sabah dan Sarawak seiring dengan 7 Teras Utama Nadi Keunggulan KPM untuk memperkasakan sektor pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur fizikal yang selamat dan selesa di sekolah.
Haikal Raman
Tue Aug 08 2023
![KPM proaktif tangani isu bangunan daif di sekolah, tiada yang dipinggirkan KPM proaktif tangani isu bangunan daif di sekolah, tiada yang dipinggirkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691501110_KPM.jpg)
Inisiatif dan pemantapan proses kerja memberi tumpuan kepada pengurusan projek di peringkat prabina melibatkan tiga projek rintis termasuk di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor. - Foto ihsan KPM
![PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
![EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720153549_Euro.jpg)
EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente
Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh De la Fuente, dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
![Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024 Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720152748_tbpestapora.jpg)
Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu.
![Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720151129_tbDagingkorban.jpg)
Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan
Maqis Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.
![Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720152586_missuniversemalays.jpg)
Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
![Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151805_tbJamatom.jpg)
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
![Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
![Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151154_tbDavidRaya.jpg)
Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.
![KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina
KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kejadian termasuk jika terdapat unsur buli.
![Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698484693_tbFadhlinaSidek.jpg)
Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman selanjutnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat kepu
![KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136952_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal
KPM memandang serius isu guru bersara awal namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada mereka membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
![KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716902163_WongKahWoh.jpg)
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
![KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712126565_WongKahWohjpg.jpg)
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.
![KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715339982_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
![Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714636498_FadhlinaSidekjpg.jpg)
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
![Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713858317_FadhlinaSide.jpg)
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
![ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713710464_TBAZMANADNAN.jpg)
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
![Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.