KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan memperluaskan program IMFree tahun ini dan seterusnya bagi menangani amalan menghisap rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sekolah rendah.
Menurut KPM program IMFree dilaksanakan kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam di 636 sekolah rintis untuk memastikan mereka yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.
"Program IMFree antaranya bertujuan memberi pengetahuan tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi ejen, pencetus atau penyampai maklumat perubahan kepada rakan serta keluarga terhadap bahaya merokok," menurut kenyataan KPM di sini hari ini.
Selain itu, KPM juga telah melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen antimerokok atau vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.
Program bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu bertujuan menerapkan nilai kesedaran, membentuk jati diri dan memastikan murid mempunyai daya tahan yang tinggi.
Menurut kenyataan tersebut, KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.
KPM sentiasa memberi peringatan kepada JPN, PPD dan sekolah berkaitan 'Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah'.
"Selain itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah," menurut kenyataan itu.
KPM sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Program IMFree dilaksanakan kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam di 636 sekolah rintis untuk memastikan mereka yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat. - Gambar hiasan/Bernama
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.
Isu penglihatan masalah utama kalangan murid Tahun 1 - Dr Dzulkefly
Masalah ketajaman penglihatan merupakan satu daripada masalah kesihatan utama dalam kalangan murid Tahun 1 di Malaysia.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.