Guru berperanan dalam pembinaan karakter murid secara holistik dengan nilai manusiawi yang tinggi bagi menyediakan generasi pemimpin pada masa hadapan.
Bagi mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui Program Ziarah Cakna yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula Ahad ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata di bawah program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun itu, pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.
Dr Amin berkata, melalui program ini, guru dan ibu bapa dapat berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid bersama-sama ibu bapa, memahami latar belakang keluarga murid dan dapat berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.
"Guru-guru lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.
"Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan murid," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Berbanding amalan ziarah ke rumah murid yang biasa dilaksanakan sebelum ini, Amin berkata di bawah program itu, guru-guru juga akan melawat rumah pelajar cemerlang bagi memberi penghormatan kepada ibu bapa mereka, selain memahami latar belakang murid.
"Program ini asasnya untuk merapatkan hubungan dan memahami latar belakang yang menyebabkan pelajar itu bermasalah dan apa yang menyebabkan pelajar itu boleh cemerlang," katanya.
Ditanya sama ada KPM akan meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada sekolah, Amin berkata walaupun program itu adalah program teras kementerian, namun terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih dan melawat seberapa banyak rumah murid yang perlu.
"Program Ziarah Cakna ini diharap dapat memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid dan seharusnya dapat dijadikan amalan, teladan serta dilaksanakan mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah secara berterusan sepanjang tahun serta menjadi budaya di sekolah," katanya.
Amin berkata pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat nasional akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Kluang, Johor pada 28 Jan ini.
Katanya program itu akan turut digerakkan secara rasmi di enam lokasi lain iaitu di Langkawi, Kedah; Pasir Mas, Kelantan; dan Kulai, Johor pada 27 Jan dan Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Hulu Langat, Selangor pada 28 Jan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jan 25 2019

Di bawah program itu, guru-guru juga akan melawat rumah pelajar cemerlang bagi memberi penghormatan kepada ibu bapa mereka, selain memahami latar belakang murid. - Gambar hiasan

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

KPM perluas konsep sekolah penyayang melalui program Ziarah Cakna
Program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun itu, pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid.