KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara 'one-off' bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.
"Graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster sama, pendekatan yang kita gunakan untuk pertama kali ini akan digunakan untuk pengambilan akan datang juga," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang ingin tahu apakah nasib graduan pendidikan keluaran universiti yang masih tiada peluang ditempatkan mengajar di sekolah.
Pada masa sama, Radzi memaklumkan seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara 'one-off' telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
"Sehingga 28 Mac lepas pula, seramai 13,255 guru baharu berjaya ditempatkan ke seluruh negara, manakala baki 515 lagi akan ditempatkan mulai 11 April ini.
"Berdasarkan status terkini, masih terdapat 4,932 kekosongan jawatan di bawah pengambilan khas ini yang perlu diisi oleh calon yang layak," katanya menjawab soalan asal Iskandar Dzulkarnain yang meminta KPM menyatakan apakah status pelantikan guru secara 'one-off' yang diumumkan kerajaan.
Dalam pada itu, KPM mendapati terdapat kekurangan bilangan graduan yang mempunyai Ikhtisas Pendidikan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam untuk pengambilan guru.
Radzi bagaimanapun berkata KPM komited untuk berusaha mencari bekalan guru yang mempunyai Ikhtisas dua subjek kritikal berkenaan.
"Banyak senarai mata pelajaran yang tidak ada bekalan mencukupi dalam pasaran graduan, namun yang paling kritikal ialah yang mempunyai Ikhtisas pendidikan Bahasa Inggeris.
"Pendidikan Islam juga dalam konteks tertentu amat terhad bagi mereka yang mempunyai Ikhtisas dalam subjek itu," katanya bagi menjawab soalan tambahan Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu apakah subjek kritikal dalam mengisi jawatan pengambilan guru.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Radzi berkata langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian. - Gambar fail/BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Lebih banyak guru secara 'one-off' ditempatkan tahun hadapan
KPM menganggarkan jumlah pengambilan tersebut melebihi 4,000 siswazah yang biasanya diambil sepanjang tahun mengikut amalan biasa kementerian.

Kluster Mata Pelajaran: Beri penekanan aspek latihan, gesa NUTP
Mereka yang tidak mempunyai kemahiran pedagogi perlu diberi perhatian bagi menjamin objektif pelaksanaannya dapat dicapai.

KPM perkenal kluster mata pelajaran dalam pengambilan guru secara 'one-off'
Langkah itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.