KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 1,821 tapak sekolah yang masih belum berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) setakat 31 Januari tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 587 tapak sekolah di Sarawak telah dikenal pasti untuk proses pemberi milikan kepada PTP.
“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021 hingga 2025 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), mana-mana tapak sekolah yang belum berstatus hak milik PTP, pelaksanaan projek pembangunan tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat.
“Berdasarkan kepada ketetapan ini, projek pembangunan termasuk penggantian penuh, menaik taraf bangunan atau pembinaan blok tambahan tidak dapat dilaksanakan selagi tapak sekolah berkenaan masih belum berstatus hak milik PTP.
“Sehubungan ini, KPM komited untuk memastikan semua tapak sekolah berkenaan ditukar status kepada hak milik PTP dengan membuat perolehan tapak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan kerajaan negeri,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Anyi Ngau (GPS-Baram) yang memintanya menyatakan berapa jumlah tapak sekolah yang belum disenaraikan dalam Federal Land Commission sehingga kini di Sarawak khasnya dan di seluruh negara amnya.
Selain itu, Mohamad berkata, KPM juga komited untuk terus melaksanakan pemutihan tanah bagi semua sekolah bawah KPM memandangkan terdapat tapak sekolah yang masih belum ditukar hak milik kepada PTP.
Astro Awani
Wed Mar 09 2022
Mohamad (gambar) ketika menjawab soalan lisan di Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan
Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara.
Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.
Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM
KPM juga sedia beri kerjasama kepada SPRM selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri diberikan cuti - KPM
Kementerian Pendidikan melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.
Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.