JITRA:Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada projek penyelenggaraan sekolah daif, kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin.
Beliau berkata, kementerian ketika ini sedang melakukan pemantauan khusus di setiap sekolah yang bermasalah dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan selepas penilaian lanjut dibuat.
Menurut beliau, perlaksanaan projek berkenaan juga adalah bagi memastikan keseluruhan pelajar di Malaysia dapat menjalani sesi pembelajaran dalam persekitaran lebih selesa.
"Kementerian juga akan mengambil pendekatan untuk mengklasifikasikan isu-isu kedaifan bangunan sekolah mengikut keutamaan termasuk dalam soal penyenggaraan serta pembinaan kemudahan baharu.
"Tumpuan khusus juga akan diberikan kepada penyelengaraan sekolah dengan bangunan daif di negeri Sabah dan Sarawak.
"Yang paling banyak sekolah dengan bangunan daif ini adalah di negeri Sabah dan Sarawak.
"Sebab tu kementerian mengambil pendekatan untuk turun padang sebab kadang-kadang mungkin terlepas pandang, kadang kadang walaupun ada dalam senarai tetapi kadang-kadang ada keperluan itu cukup mendesak yang perlu didahulukan, jadi itu antara perkara yang sentiasa kita teliti dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan "Back to School" Parlimen Kubang Pasu di Pusat Khidmat DUN Bukit Kayu Hitam pada Ahad.
Radzi terdahulu meninjau lapan buah sekolah di negeri Kedah termasuk sebuah sekolah berasrama penuh di Pendang yang dijangka beroperasi pada sesi persekolahan yang akan datang.
Pembinaan dewan terbuka juga akan dilaksanakan secara segera di dua buah sekolah rendah di Changlun selain kementerian akan membaiki beberapa blok bangunan sekolah yang daif di negeri Kedah, katanya.
Abd Hadi Che Awang
Sun Dec 20 2020
Mohd Radzi berkata kementerian ketika ini sedang melakukan pemantauan khusus di setiap sekolah yang bermasalah.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.
PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.
"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.