KUALA LUMPUR: Sejumlah 18 projek baharu dan 61 projek sambungan bagi projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sarawak diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Tahun 2021 melibatkan peruntukan RM112.5 juta.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata ia merupakan antara pelbagai inisiatif yang dirancang kerana kerajaan memahami kepentingan meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar di negeri itu.
"Sementara itu, sebanyak dua projek baharu telah diluluskan bagi Jalan Perhubungan Desa (JPD) Sarawak yang melibatkan peruntukan berjumlah RM156.44 juta," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Hasbi berkata Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada golongan miskin dan miskin tegar kawasan luar bandar di seluruh negara melibatkan siling peruntukan sebanyak RM2.035 bilion bagi pelaksanaan sepanjang RMK12, iaitu bagi RP1 Tahun 2021, dua projek baharu telah diluluskan bagi Sarawak yang melibatkan peruntukan RM111.97 juta.
"Selain itu, di bawah RP1 juga, sebanyak 405 projek bina baharu dan 3,077 baik pulih telah diluluskan bagi PPRT Sarawak yang melibatkan peruntukan lebih RM79 juta. Ini menunjukkan keseriusan kerajaan meningkatkan liputan infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak," katanya.
Dalam Bajet 2022, Ahli Parlimen Limbang (Sarawak) itu berkata RM768 juta diperuntukkan khas untuk pembangunan luar bandar di Bumi Kenyalang, melibatkan 205 keseluruhan projek yang bakal dilaksanakan melibatkan 97 projek baharu dan 108 projek sambungan.
Hasbi berkata bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sarawak, sebanyak RM83.64 juta diperuntukkan pada tahun 2022 melibatkan tiga projek baharu dan 14 projek sambungan, manakala peruntukan sebanyak RM124.2 juta untuk Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak melibatkan 35 projek baharu dan tiga projek sambungan.
Melalui Bajet 2020, kementeriannya menerima peruntukan berjumlah RM10.53 bilion, meliputi peruntukan mengurus sebanyak RM3.52 bilion dan peruntukan pembangunan pula RM7.01 bilion.
Selain pembangunan, Hasbi berkata tumpuan juga diberikan terhadap pengurangan kadar kemiskinan di luar bandar Sarawak melalui program-program pembangunan sosioekonomi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Memberi contoh inisiatif yang dilaksanakan tahun ini, beliau memaklumkan menerusi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang memberi peluang kepada penglibatan golongan belia di kawasan luar bandar, seramai 15 peserta dari Bumi Kenyalang mendapat manfaat daripada program itu.
"PLKK memberi peluang latihan kursus jangka pendek yang tidak melebihi enam bulan diberikan kepada golongan belia luar bandar dari kumpulan pendapatan B40, miskin dan miskin tegar.
"Bagi Program Quick Win tahun ini yang diadakan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), seramai 110 peserta dari Sarawak mendapat manfaat daripada program ini. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran sedia ada dalam usaha membolehkan peserta meningkatkan pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan," katanya.
Selain itu, seramai 41 anak Sarawak yang menyertai Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini berpeluang menerima bantuan peralatan atau latihan secara one-off bagi menjalankan projek ekonomi masing-masing.
Mengenai perancangan pembangunan luar bandar di negeri itu, Hasbi berkata kerjasama berterusan dengan kerajaan negeri sentiasa dititikberatkan, selain KPLB menggiatkan pemantauan projek-projek pembangunannya supaya mengikut perancangan dan menepati sasaran yang ditetapkan.
Beliau berkata kementeriannya juga akan memberi perhatian terhadap beberapa isu di negeri itu seperti meningkatkan akses pendidikan awal komuniti luar bandar serta akses Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, pembinaan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa dan pendidikan.
"Sebagai contoh, projek Bekalan Air Luar Bandar masih perlu diberi perhatian memandangkan liputan bekalan air paip di rumah masih di tahap 69.8 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
![KPLB serius tingkatkan infrastruktur kawasan luar bandar Sarawak - Hasbi KPLB serius tingkatkan infrastruktur kawasan luar bandar Sarawak - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599575625_HasbiHabibollah.jpg)
Hasbi berkata ia merupakan antara pelbagai inisiatif yang dirancang kerana kerajaan memahami kepentingan meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar di negeri itu. -Gambar fail
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720588023_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke sesak nafas dalam Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat sedikit terganggu apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat seperti terkena serangan panic attack ketika memulakan sesi jawab lisan pada Rabu.
![Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712221488_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
![Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023 Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710309832_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023
Perkhidmatan 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung selepas mereka gagal dalam proses audit pada tahun 2023.
![Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709021288_TBHasbiHabibollah.jpg)
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
![Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698816237_TBHasbiHabibollah.jpg)
Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS
MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.
![Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687328461_TBHasbiHabibollah.jpg)
Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.
![Lesen B2 Program MyLesen kompeten - Hasbi Lesen B2 Program MyLesen kompeten - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681913951_HasbiHabibollah.jpg)
Lesen B2 Program MyLesen kompeten - Hasbi
Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Hab
![Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687328461_TBHasbiHabibollah.jpg)
Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini
Hasbi berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
![Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan demi keselamatan Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan demi keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687328461_TBHasbiHabibollah.jpg)
Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan demi keselamatan
Kementerian Pengangkutan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan bagi menjamin soal keselamatan pengguna jalan yang lain.
![Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678789641_HasbiHabibollah.jpg)
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.