TASEK GELUGOR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan usahawan luar bandar agar melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia berikutan dunia sentiasa mengalami perubahan dan pemacu asas ke arah perubahan adalah tranformasi digital iaitu penggunaan teknologi digital dalam urusan perkhidmatan atau perniagaan.
"Para usahawan digalakkan untuk menghadiri latihan dan program peningkatan kemahiran digital bagi memastikan produk yang dipasarkan dapat menarik perhatian malah beralih kepada pemasaran secara digital kini adalah norma baharu dalam perniagaan.
"Memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi dan kemahiran berkemungkinan tidak memberi impak yang berkesan, sebab itu KPLB menyediakan kursus dan bimbingan digital bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar, menambah baik mutu dan kualiti produk untuk memulakan perniagaan dalam talian termasuk menyediakan platform DesaMall@KPLB," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Beliau ditemui selepas merasmikan Ekspo Usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) (EXPERT) Tahun 2022 di Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA di Kubang Menerong di sini. Turut hadir Pengerusi PERDA Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.
Mengulas mengenai EXPERT Tahun 2022, Mahdzir berkata ekspo itu diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang dan platform tersebut juga memberi ruang menyeluruh kepada usahawan yang telah menjalankan perniagaan mahu pun menceburi bidang keusahawanan.
Katanya penganjuran EXPERT itu melibatkan 186 penyertaan dengan menyasarkan nilai jualan dan pemerolehan kontrak berjumlah RM1 juta serta kehadiran lebih 40,000 pengunjung sepanjang empat hari program berlangsung dari 8 Sept sehingga hari ini.
"EXPERT kali ini membawa tema 'Usahawan Luar Bandar Tonggak Ekonomi Negara' dan ia diperkenalkan berpandukan Teras Strategik 1 dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan teras tersebut menyasarkan Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perniagaan mikro menyumbangkan sebanyak 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030," katanya.
Beliau berkata EXPERT itu juga antara lain untuk meningkatkan penyertaan usahawan dalam pelbagai bidang ekonomi dengan menghimpunkan pelbagai sektor dan peringkat dalam satu ekspo bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan produk usahawan atau peluang pekerjaan.
"Berdasarkan maklumat daripada PERDA, ketika ini terdapat seramai 1,365 usahawan bimbingan mereka dengan 200 daripadanya telah berjaya mempunyai kilang atau premis sendiri bagi menjalankan perniagaan. Kami harap EXPERT ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022

Mahdzir hadir bagi merasmikan Ekspo Usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Tahun 2022 di Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA di Kubang Menerong, Tasek Gelugor malam tadi. Foto Facebook Mahdzir Khalid

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.

Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.

Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.

PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.

Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.

Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.

PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.

Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.