KERTEH: Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menumpukan kepada usaha memperkasakan daya huni bandar yang merupakan instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitaran kehidupan penduduk.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah membangunkan 60 taman awam di seluruh negara bagi menyediakan ruang rekreasi kepada masyarakat di setiap bandar, setakat Disember tahun lepas.
"Pertambahan jumlah penduduk terutama di kawasan perbandaran telah meningkatkan keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi.
"Oleh itu, Program Pembangunan Taman Awam yang dibangunkan ini telah berjaya mengekal dan menambah kawasan hijau atau "green lung" di kawasan bandar dan kawasan berkepadatan penduduk," katanya ketika berucap merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di sini semalam.
Nga juga turut mengulangi hasrat KPKT yang menyasarkan untuk membina 100 Taman Komuniti MADANI di seluruh negara menerusi JLN dan Jabatan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini.
Berkaitan 60 taman awam yang dibina, Nga berkata kerajaan telah membangunkan empat taman awam di Terengganu iaitu Taman Awam Batu Buruk dan Taman Tasik Lagun Kuala Ibai di Kuala Terengganu, Taman Awam Teluk Gadung di Dungun dan terbaharu Taman Awam Kuala Kerteh, di sini.
Berkeluasan hampir sembilan hektar, Taman Awam Kuala Kerteh itu siap dibina pada 27 Okt 2023 melibatkan kos hampir RM17 juta.
Nga berkata taman awam keempat di Terengganu itu direka bentuk secara in-house oleh Arkitek Landskap daripada JLN dengan menerapkan konsep eksplorasi visual dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menara pandang, padang serbaguna dan dewan terbuka bagi manfaat 226,600 penduduk di daerah Kemaman.
Beliau berkata kerajaan juga telah membangunkan dua projek naik taraf taman awam iaitu Projek Landskap Perbandaran Dungun dan Projek Pemuliharaan Habitat Kunang-Kunang di Sungai Yak Yah, di sini yang kini dalam penyediaan Pelan Induk Landskap menerusi peruntukan lebih RM56 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Pada majlis berkenaan, Nga turut menyerahkan peruntukan RM12.32 juta kepada Terengganu bagi Projek-Projek Kecil Tahun 2024 melibatkan kerja pembinaan taman awam, pelan induk landskap, landskap perbandaran serta pemuliharaan dan pemulihan landskap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
![KPKT perbanyak taman awam, perkasa daya huni bandar KPKT perbanyak taman awam, perkasa daya huni bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709118926_KPKTNgaKorMing.jpg)
Nga (tiga, kanan) merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di Terengganu, semalam. - Foto BERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720759022_NgaKorMing.jpg)
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
![Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715780010_TBNgaKorMing.jpg)
Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga
KPKT sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.
![KPKT kenal pasti 534 kawasan berpotensi bagi pembangunan semula bandar di Semenanjung KPKT kenal pasti 534 kawasan berpotensi bagi pembangunan semula bandar di Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719312900_NgaKorMing.jpg)
KPKT kenal pasti 534 kawasan berpotensi bagi pembangunan semula bandar di Semenanjung
Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, 139 kawasan berada di Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan ialah 3,206.5 ekar.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
![LKAN: Pembinaan balai, kuarters bomba di Pitas dan Nabawan lewat, jejas tempoh respons LKAN: Pembinaan balai, kuarters bomba di Pitas dan Nabawan lewat, jejas tempoh respons](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720079017_TBBOMBALABUAN.jpg)
LKAN: Pembinaan balai, kuarters bomba di Pitas dan Nabawan lewat, jejas tempoh respons
KPKT disyor memastikan semua projek pembangunan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) siap mengikut tempoh ditetapkan.
![Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT
Aplikasi SuperApp menyediakan berbagai layanan dalam satu platform, dijangka dilancarkan tahun depan.
![Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719813587_NgaKorMingDewanR.jpg)
Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming
Kos untuk membina loji WTE amat tinggi, maka kerajaan akan memastikan sekiranya projek itu berjalan, ia akan beri pulangan yang baik kepada negara.
![Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata selesaikan lebih 51,000 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata selesaikan lebih 51,000 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata selesaikan lebih 51,000 kes
Kementerian memaklumkan, ia melibatkan 9,081 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan 42,152 kes Tribunal Pengurusan Strata (TPS).
![663 projek perumahan swasta sakit bernilai lebih RM57 bilion diselamatkan - Nga Kor Ming 663 projek perumahan swasta sakit bernilai lebih RM57 bilion diselamatkan - Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719305156_NgaKorMing.jpg)
663 projek perumahan swasta sakit bernilai lebih RM57 bilion diselamatkan - Nga Kor Ming
Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) ditubuhkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelamatkan 663 projek rumah melibatkan 78,554 pembeli.
![Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Pasukan 'duta online' KPKT tidak libat kos tambahan
Program Sentuhan Maya atau pasukan "duta online" yang diperkenalkan dalam kalangan penjawat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak melibatkan sebarang kos tambahan.