PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis, dalam usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.
"KPKT melaksanakan inisiatif ini berpaksikan ketersediaan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik, kemampuan pembeli di mana KPKT menerima nasihat daripada pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta (meneliti) kemudahan pembiayaan untuk B40 dan M40," katanya pada majlis pelancaran i-Biaya di sini.
Tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ialah penambahbaikan kepada skim sedia ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion; Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan Skim PR1MA 'Rent-to-Own' oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).
Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MOF komited untuk terus menyokong dengan membuka akses kepada pembiayaan terutama bagi golongan B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka memiliki rumah sendiri.
"Bagi SRP, ia dijangka memberi manfaat kepada 25,000 pemohon dalam kalangan B40 dan M40, dengan anggaran nilai pembiayaan sebanyak RM5.9 bilion.
"Antara faktor penyumbang kepada sasaran ini ialah komitmen kerajaan melalui insiatif Jamin Kerja yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan, dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion," katanya.
Beliau berkata menerusi fokus kepada peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran dalam kalangan B40 dan M40 termasuk golongan belia, peningkatan pendapatan yang diperolehi akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui i-Biaya.
Skim pembiayaan SRP akan membuka peluang pembiayaan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000.
Selain itu, peluasan jaminan Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan membolehkan mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau dokumen sewajarnya terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig, memohon pembiayaan perumahan.
Selain itu, skim PR1MA RTO pula akan membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa dan kemudiannya membeli mengikut harga yang telah ditetapkan pada tahun keenam, melalui pembiayaan oleh Maybank.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
![KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40 KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649942193_DATUKSERIREEZALME.jpg)
Reezal Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung. - Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40 PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.
![Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672 Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738838421_NgaKorMing.jpg)
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
![Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733044512_NgaKorMing.jpg)
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
![RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737788344_tbNgaKorMing.jpg)
RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.
![JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737371278_SuriaKLCC.jpg)
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
![KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737384327_KPKTTanahMerah.jpg)
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
![475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024 475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736849080_TBKPKT.jpg)
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
![Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733663907_tbNgaKorMing.jpg)
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732447377_NgaKorMing.jpg)
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.