SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menumpukan usaha memperkasa pertanian bandar sebagai antara fokus utama kementerian, bagi melahirkan generasi baharu usahawan dalam sektor pertanian dan makanan.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata dalam hal itu, kementerian akan memanfaatkan sebahagian daripada peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk merencana langkah mencipta usahawan pertanian bandar baharu yang berjaya melalui penerapan amalan pertanian lestari.
"Daripada dana RM1 bilion itu, kementerian melalui Agrobank diperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk melaksanakan usaha melahirkan generasi baharu usahawan dan kita akan manfaatkan sebahagiannya untuk memperkasakan pertanian bandar, bagi menggalak penglibatan masyarakat lebih luas.
"Pertanian bandar ini banyak dilakukan di luar negara, antaranya Singapura dan dengan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan termasuk peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti MADANI, kita sewajarnya menggalakkan lebih ramai masyarakat terlibat dalam jenis pertanian ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan wang persekolahan Agrobank 2024, di sini pada Selasa.
Pada 2 Mac, Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan Bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi, yang akan dikendalikan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
Perdana Menteri berkata dana tersebut bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa kongres itu, antara lain untuk mewujudkan sebuah Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.
Terdahulu, Mohamad yang diiringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, menyampaikan bantuan barangan kelengkapan persekolahan kepada 200 pelajar dari sekitar Lembah Klang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM30,000.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata bantuan persekolahan itu diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan, dalam usaha membantu mengurangkan beban ibu bapa menjelang sesi baharu persekolahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024 di Lake Point Club Alam Impian. - Foto BERNAMA
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KPKM laksana analisis impak peraturan penubuhan LPKNDM - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM).
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Projek mega sektor pertanian bakal merevolusi industri padi dan beras - Bernas
Peruntukan RM5 bilion bagi usaha mentransformasi sektor pertanian bakal merevolusi serta merancakkan lagi industri padi dan beras negara dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
KPKM laksana langkah bantu tingkatkan pendapatan negara - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan beberapa langkah dalam membantu meningkatkan pendapatan negara susulan jangkaan peningkatan terhadap perbelanjaan kerajaan.
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di kawasan Meragang, bahagian utara negeri itu.