SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan formula pembahagian subsidi sedia ada kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal pada nisbah 10 sen dan 70 sen, ketika terdapat permintaan daripada penternak ayam di Selangor yang mahu pembahagian subsidi kerajaan dibuat sama rata antara mereka.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penternak ayam dan syarikat pembekal perlu berbincang antara mereka mengenai agihan subsidi 80 sen yang diberikan kerajaan bagi mengatasi kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur kerana kerajaan tidak campur tangan dalam rundingan perjanjian pembahagian subsidi itu.
"Kita masih lagi berpegang dengan apa yang dilaksanakan sebelum ini sejak setahun lebih, kita berpegang kepada 10 sen (bagi penternak) dan 70 sen (bagi syarikat pembekal).
"Pada padangan kementerian, urusan itu adalah business-to-business, ertinya antara syarikat pembekal dan penternak. Semasa mereka berurusan, kerajaan tidak terlibat jadi sepatutnya itu persetujuan antara mereka," katanya kepada media pada majlis ramah mesra menteri bersama warga KPKM, di sini hari ini.
"Perlu ada rundingan antara syarikat pembekal dan penternak untuk dapat perkongsian keuntungan yang betul atau pun perkongsian subsidi yang betul, tetapi setakat ini kementerian berpandangan kadar sedia ada kita akan kekalkan dahulu," tambah Mohamad.
Laporan yang disiarkan media tempatan menyatakan Persatuan Penternak Ayam Selangor mahu kerajaan mempertimbangkan pembahagian subsidi kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal dengan nisbah 50:50 kerana mendakwa ada penternak ayam yang gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kos operasi yang semakin meningkat.
Pengerusi persatuan itu Muzamri Shoib dilaporkan berkata dalam penternakan ayam daging, penternak paling berisiko tinggi kerana hanya mendapat untung melalui jualan ayam hidup, sedangkan syarikat pembekal lebih awal mendapat untung daripada hasil jualan makanan ayam, anak ayam, ubat-ubatan dan jualan ayam.
Pada 27 Feb lepas, kerajaan memutuskan untuk meneruskan penyediaan subsidi pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan lapan sen sebjii bagi telur sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun di bawah KPKM dibuat selepas mengambil kira penglibatan mereka bersama masyarakat dan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan tertinggi kerajaan.
"Kita tidak boleh pilih orang yang berbentuk elit, sedangkan (mereka yang dipilih) perlu ambil tahu hal bendang, hal nelayan dan sebagainya. Rekod mereka dengan masyarakat itu yang paling utama," katanya.
Semalam, Mohamad dalam kenyataan media mengumumkan pelantikan lima pengerusi baharu di badan berkanun di bawah kementerian itu yang berkuat kuasa 15 Mei.
Mereka ialah Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan formula pembahagian subsidi sedia ada kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal pada nisbah 10 sen dan 70 sen. - Gambar fail/dagangnews
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
Pendaftaran STTP masih rendah dalam kalangan pesawah - LPP
Pesawah di seluruh negara diseru mencarum dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai risiko bencana alam.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.