Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedia mengambil tindakan sewajarnya jika mendapati ada unsur penyalahgunaan perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan telekomunikasi di negara
ini.
Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata setakat ini, maklumat yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) adalah secara rambang untuk berkongsi informasi penting seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan ramalan cuaca.
"Kementerian tidak memikirkan bahawa perbuatan itu menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 oleh kerana ia bukan ditujukan kepada seseorang sahaja, tapi secara siaraya dan tidak memilih siapa yang menerimanya.
"Ia sebagai memberi maklumat tentang perayaan itu (Hari Kemerdekaan) dan tidak dihantar menuju kepada sesiapa, dan ini adalah untuk semua yang ada dan tidak kira orang parti Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang, ini adalah secara rambang sahaja," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) bahawa pemberi perkhidmatan menyalah guna perkhidmatan SMS yang dikatakan menyalahi privasi pelanggan.
Sementara itu, mengulas peranan Bernama TV sebagai saluran penyampaian maklumat, Salang berkata stesen televisyen itu akan dimiliki sepenuhnya oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) tahun depan.
"Selepas penstrukturan semula Bernama TV, maka peruntukan baru akan dipohon tahun depan.
"Dan semua programnya boleh disusun atur oleh pihak Bernama dengan kerjasama kementerian," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan memastikan dapat melahir bakat seni yang setanding Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi program 'Kerusi P.Ramlee'.
"Saya tidak berjanji Aswara akan dapat menggantikan Allahyarham, namun cita-cita kita adalah untuk melahirkan bakat yang mungkin berkelainan tapi setinggi bakat P.Ramlee yang membanggakan kita," katanya.
Bernama
Wed Nov 21 2012
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
KPKK sedia siasat penyalahgunaan khidmat SMS
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedia mengambil tindakan sewajarnya jika mendapati ada unsur penyalahgunaan perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.