Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang menggerakkan 50 pegawai penguatkuasa bagi memantau harga barang kawalan di seluruh negeri ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Alwi Abdul Hamid berkata sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
Beliau berkata kesemua pengawai berkenaan akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga, pemborong dan peruncit mematuhi harga yang ditetapkan.
"Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga sekiranya mereka cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih sempena perayaan ini," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran skim berkenaan di Pasaraya Pantai Selamat di sini, pada Khamis.
"Selain memeriksa tanda harga dan aktiviti pencatutan, kita juga akan memastikan peniaga menggunakan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan kawalan bagi membolehkan pengguna membezakan jenis barangan berkenaan," katanya.
Alwi berkata barang kawalan itu adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kobis bulat import, bawang putih import, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi mengikut jenis.
Beliau berkata peniaga juga digalakkan untuk menjual barang pada harga lebih rendah daripada harga kawalan sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah walaupun 12 harga barangan berkenaan telah ditetapkan.
Alwi berkata orang ramai boleh membuat aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim harga yang ditetapkan dengan melayari e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, talian 03-80008000 di 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) atau melaporkan di mana-mana pejabat KPDNHEP seluruh negeri.
Katanya individu yang didapati bersalah menjual barang kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutuan 2011.
Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019

Antara barang kawalan itu adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kobis bulat import, bawang putih import, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.

Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun
Peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut.

Lagi peniaga durian dikompaun kes alat timbang tak sah
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.