KUALA LUMPUR: Operasi penguatkuasaan penjualan barangan tiruan akan dipertingkat sepanjang musim perayaan ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata operasi penguatkuasaan bagi kesalahan itu tetap dilakukan meskipun ketika ini operasi pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 giat dilaksanakan.
Rosol berkata operasi dan pemeriksaan kesalahan menjual barangan tiruan bukan sahaja tertumpu di kawasan perniagaan borong serta murah seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Petaling malah butik juga akan diperiksa.
"Operasi juga akan dibuat di semua peringkat termasuk pembekal dan penjual berdasarkan maklumat risikan serta aduan orang awam.
"Misalnya, kita dapati ada butik menjual barangan tiruan mengikut harga produk asli dan ini adalah satu kesalahan kerana menipu pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Advokasi Pengguna Bijak dan #ShoppingstreetJalanTAR di sini pada Sabtu.
Mengulas program itu, beliau berkata Jalan TAR dipilih kerana ia menjadi lokasi tumpuan atau 'syurga membeli-belah' bagi masyarakat tempatan khususnya apabila tiba musim perayaan.
Katanya program itu sekali gus dapat mengetengah serta mempromosikan lagi kepelbagaian produk dan barangan yang dijual di Jalan TAR.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
Rosol (kanan) ketika hadir pada sesi Tinjauan Mesra di Pasar dan Sesi Serahan Beg Bebas Plastik pada Program Advokasi Pengguna Bijak dan Pelancaran #ShoppingStreetJalanTar di Jalan TAR, Kuala Lumpur, 24 April, 2021. --fotoBERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
KPDN Selangor lupus barang rampasan bernilai RM1.7 juta
Antara jenis kesalahan yang terlibat bagi pelupusan ini adalah seperti penjualan barangan tiruan.
Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan
Mereka didakwa membekalkan barangan dengan perihal dagangan palsu, berupa 17,595 pasang selipar serta kasut jenama terkenal.
KPDNHEP Perak rampas 2,845 barangan tiruan bernilai lebih RM80,000
Serbuan dijalankan kira-kira jam 10.30 pagi hasil aduan dan maklumat risikan melalui wakil pemilik cap dagang, berhubung penjualan barangan tiruan tersebut.
KPDNHEP Perak sita barangan tiruan bernilai lebih RM34,000
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan pihak polis.
KPDNHEP sita lebih 20,000 barangan tiruan untuk jualan hari raya
Serbuan ke atas tiga premis pemborong dan sebuah gudang itu dijalankan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagangan terbabit.
'Instafamous' mengaku tidak bersalah miliki beg, kasut dan baju berjenama tiruan untuk jualan
Nur Ilyana Mohtada atau lebih dikenali sebagai Illey, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu.
KPDNHEP tingkat operasi penguatkuasaan barang tiruan
Operasi penguatkuasaan penjualan barangan tiruan tetap dilakukan meskipun ketika ini operasi pematuhan SHMMP 2021 giat dilaksanakan.
KPDNHEP banteras jualan pencuci pakaian tiruan dalam talian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berjaya membanteras penjualan serbuk pencuci pakaian tiruan melalui transaksi dalam talian di laman media sosial Facebook.
KPDNHEP rampas barangan tiruan pelbagai jenama bernilai lebih RM700,000
Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota KPDNHEP Kuala Lumpur bersama beberapa wakil dari pemilik cap dagang berdaftar.
Thailand musnahkan lebih 2 juta produk tiruan bernilai RM175 juta
Produk tiruan yang dimusnahkan tersebut itu adalah hasil rampasan daripada pelbagai operasi yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Thailand, Jabatan Kastam dan Jabatan Siasatan Khas.