KUALA LUMPUR: Seorang ‘instafamous’ wanita yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pelbagai barangan tiruan antaranya beg Chanel, kasut Gucci dan baju Louis Vuitton bagi maksud perdagangan, sekali lagi menukar pengakuannya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Pada 8 April lepas, Nur Ilyana Mohtada, 27, atau lebih dikenali sebagai Illey, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen lain yang membenarkannya diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Hari ini, OKS menukar pengakuannya kepada bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Bagaimanapun, selepas fakta kes dibacakan wanita itu sekali lagi menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.
Nur Ilyana didakwa memiliki 31 helai baju, 13 pasang kasut, 16 beg, lima dompet dan seutas tali pinggang berjenama Chanel, Gucci, Balenciaga dan Louis Vuitton dengan cap dagangan berdaftar yang disenaraikan dengan salah bagi maksud perdagangan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di KL Runaway, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali di sini pada 12 tengah hari 24 Jun 2020 mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2020 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 102(1)(ii) akta sama yang memperuntuk hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan salah cap atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021

Nur Ilyana Mohtada atau lebih dikenali sebagai Illey, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Jangan risau ... adik Fatimah Omar Mukhlis sudah beransur pulih
Menerusi muat naik status bergambar di akaun Instagram keluarganya @thefamily.uk, Fatimah bagaimanapun masih perlu dipantau secara rapat.

Fatimah Omar Mukhlis negatif COVID-19, keadaannya stabil
Fatimah Omar Mukhlis yang dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru disahkan negatif COVID-19.

'Tolong doakan Fatimah' - Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman
Menurut laman sosial itu, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans.

Instafamous dikompaun RM1,500 kerana tidak pakai pelitup muka
Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

'Instafamous' mengaku tidak bersalah miliki beg, kasut dan baju berjenama tiruan untuk jualan
Nur Ilyana Mohtada atau lebih dikenali sebagai Illey, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan itu.

Instafamous jual minyak wangi tiruan diserbu KPDNHEP
KPNDHEP merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

'Persenda nama puteri Rasulullah, kelakarkah?'
Ibu bapa Fatimah Omar Mukhlis kesal dengan tindakan sesetengah pengguna laman sosial yang masih mempersendakan nama anak mereka.

Mata lebam, hidung berdarah ... trend #MugshotChallenge dikecam netizen
#MugshotChallenge ialah trend video TikTok di mana pengguna harus bersolek seolah-olah mereka ditangkap polis atas jenayah yang melibatkan keganasan.

Tourism Malaysia guna bloggers dan Instafamous promosi budaya pelbagai kaum
Tourism Malaysia (TM) menggunakan bloggers dan influencers untuk berkongsi pengalaman sewaktu membuat lawatan ke inap desa di seluruh negara.

"Nak viral pergi belajar dengan Instafamous" - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views
Siapa setuju?