JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan peniaga yang memanipulasi harga ayam serta menjualnya melebihi harga maksimum.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata hal ini berikutan terdapat aduan bahawa ada peniaga yang menjual ayam standard melebihi RM8.90 sekilogram.
"Setakat ini saya sudah beritahu penguat kuasa supaya memantau sebab kita ada laporan mereka (peniaga) yang buat (jual ayam melebihi harga ditetapkan) bukan secara tersorok tetapi sudah berani ambil gambar dan jual (pada harga) RM12 atau RM13 sekilogram.
"Walhal ia melanggar harga kawalan kita iaitu RM8.90 sahaja, jadi kita ambil tindakan dan kompaun. Tetapi kita akan tengok mengapa perkara ini berlaku... katanya dia (peniaga) dapat dengan harga yang mahal, macam mana hendak jual dengan harga tersebut (harga kawalan).
"Itu alasan yang diberi, jadi kita akan siasat," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Johor 2022 di Angsana Johor Bahru Mall di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan terdapat peniaga menjual ayam melebihi harga maksimum.
Rosol berkata dakwaan bahawa peniaga menerima ayam daripada pemborong pada harga yang mahal sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan telah menetapkannya sebanyak RM5.60 sekilogram.
"Kita akan siasat sebab kita dah tentukan harga dari ladang RM5.60 dan kerajaan beri subsidi kepada ladang ayam RM1.40 sekilogram.
"Jadi harga ayam dari ladang mesti jual kepada pemborong RM5.60 sekilogram, campur subdisi kerajaan RM1.40 itu jumlahnya RM7. Jadi sepatutnya tidak ada alasan untuk jual mahal," katanya.
Beliau berkata susulan itu, KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan dan sehingga kini, sebanyak RM270,000 kompaun telah dikeluarkan melibatkan 1,114 kes berkaitan ayam serta telur menerusi Skim Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur yang dikuat kuasa pada 5 Feb lepas.
Justeru itu, Rosol menasihati orang ramai agar memuat naik aplikasi Price Catcher yang berfungsi membuat perbandingan harga bagi mendapatkan barangan pada harga berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022

Terdapat aduan bahawa ada peniaga yang menjual ayam standard melebihi RM8.90 sekilogram. - Gambar hiasan/Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.