Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang didakwa mengenakan harga penutup hidung dan mulut tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
Pengarahnya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pemeriksaan dibuat susulan aduan orang awam yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.
"Harga itu terlalu tinggi iaitu bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum yang ditetapkan sebanyak RM1.50 sekeping," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata beberapa dokumen berkaitan transaksi dan juga penutup hidung dan mulut telah disita daripada hospital swasta berkenaan bagi tujuan siasatan, dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahan di bawah Seksyen 11 iaitu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal (penutup hidung dan mulut tiga lapisan) melebihi harga maksimum.
Beliau juga berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.
Sementara itu di KOTA KINABALU, Sabah, Ketua Polis Daerah ACP Habibi Majinji berkata pihaknya menerima 24 aduan mengenai kes penipuan membabitkan penjualan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman melibatkan kerugian sekitar RM147, 329 di daerah Kota Kinabalu sejak penularan COVID-19 di kesan dalam negara.
Beliau berkata kesemua kes penipuan berlaku disebabkan pengadu tertarik dengan tawaran untuk mendapatkan penutup hidung dan mulut di media sosial.
"Pengadu kemudiannya membuat pembayaran secara dalam talian kepada orang-orang yang dianggap sebagai penjual, tetapi apabila barangan yang ditempah tidak sampai dan penjual berkenaan juga tidak dapat dihubungi, pengadu berasa diperdaya dan seterusnya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
![KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587102376_KPkespenipuan.jpg)
Aduan diterima berkaitan pesakit yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan. - Bernama
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![KPDNHEP rampas rokok tiruan RM3.38 juta di Pelabuhan Klang KPDNHEP rampas rokok tiruan RM3.38 juta di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595643588_ISKANDARHALIMSULAI.jpg)
KPDNHEP rampas rokok tiruan RM3.38 juta di Pelabuhan Klang
KPDNHEP berjaya membanteras aktiviti pengedaran rokok tiruan apabila merampas satu kontena mengandungi 520,000 kotak rokok disyaki tiruan.
![Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594470033_KENAIKANHARGAAYAM.jpg)
Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan
KPDNHEP telah membuka lapan kertas siasatan ke atas peniaga-peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.
![KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587102376_KPkespenipuan.jpg)
KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping
Ia susulan aduan orang awam yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.
![Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545895946_kfcmcd.jpg)
Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds
Rungutan pengguna disebabkan dakwaan kenaikan harga mendadak bagi hidangan makanan di kedua-dua restoran makanan segera itu, khususnya di ibu negara.
![KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484647453_tonggasgas.jpg)
KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi
Satu sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta sejak setahun yang lepas.