Kempen Jualan Malaysia (KJM) yang dilancarkan hari ini dijangka menyumbang RM100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau yakin sasaran itu mampu dicapai.
Kempen itu akan menjadikan stesen dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai platform pengiklanan mengajak orang ramai berbelanja, untuk menjana semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.
"Nilai angka jualan Mei 2020 adalah sebanyak RM36.9 bilion, angka ini masih rendah berbanding jumlah jualan Januari 2020 iaitu sebanyak RM46.8 bilion.
"Namun, sekiranya kempen kita berjaya mengajak rakyat berbelanja dengan berhemah maka saya percaya sasaran RM100 bilion boleh dicapai," katanya pada sidang media sempena kempen itu di sini, hari ini.
Beliau berkata promosi KJM akan dilaksanakan sehingga 31 Dis ini dengan meletakkan poster dan paparan digital di seluruh stesen KTMB dan beberapa tempat awam lain seperti pusat beli-belah seluruh negara.
Nanta berkata kempen itu akan dilaksanakan mengikut tema berbeza setiap bulan bagi meningkatkan permintaan kategori barang yang mengalami penurunan permintaan secara mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Misalnya jualan pada bulan Ogos bertema fesyen dan kosmetik, September barangan rumah dan perabot. Berdasarkan hasil penelitian kementerian, permintaan beberapa barang contohnya pakaian fesyen dan yang berkaitan menurun sehingga 90 peratus," katanya.
Beliau berkata orang ramai juga digalak menggunakan aplikasi telefon pintar MySales Tracker bagi membantu menyemak kesahihan penganjuran jualan murah.
Dalam perkembangan lain, Nanta berkata KPDNHEP akan memantau bekalan pelitup muka susulan pelaksanaan pemakaiannya secara wajib bermula 1 Ogos ini.
"Kami akan kaji dan pantau dengan teliti soal bekalan pelitup muka supaya masalah tidak cukup bekalan seperti berlaku pada awal penularan COVID-19 tidak berulang," katanya.
Beliau juga mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dan menjual tidak melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM1.20.
Bernama
Mon Jul 27 2020
Alexander berkata promosi KJM akan dilaksanakan sehingga 31 Dis ini dengan meletakkan poster dan paparan digital di seluruh stesen KTMB. - Gambar fail/Astro AWANI
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.