PUTRAJAYA:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan 2,212 kes dengan nilai rampasan RM53,691,109 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dari 2016 hingga Oktober 2020, bagi membendung penyelewengan barangan kawalan ke negara sempadan.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman dalam kenyataannya hari ini berkata, penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia yang terdiri dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura, merupakan antara perkara utama yang menjadi perhatian pihaknya.
"Menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penyelewengan dan ketirisan barang kawalan menjadi teras utama kepada Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP, walaupun isu penyelewengan barang kawalan di sempadan bukanlah suatu isu yang mudah ditangani," katanya.
Iskandar Halim berkata harga jualan barang kawalan di Malaysia yang lebih rendah serta bekalan yang mudah diperolehi, merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan permintaan dari penduduk di negara sempadan.
Katanya, jarak persempadanan yang pendek antara negara dan kewujudan lorong tikus menyebabkan aktiviti penyeludupan barang kawalan bersubsidi mudah dilakukan, selain faktor pertalian persaudaraan antara rakyat Malaysia dan negara jiran menyukarkan isu penyelewengan untuk ditangani secara holistik.
Iskandar Halim berkata tindakan pembatalan lesen barang kawalan ke atas pemborong dan peruncit yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi turut dilaksanakan dengan 14 buah syarikat pelesen barang kawalan telah dibatalkan mereka dari 2017 hingga 2019.
Menurutnya, orang perseorangan tetapi tidak termasuk pengarah atau pegawai suatu badan korporat atau syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, boleh dihukum denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Setiap badan korporat atau syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 apabila disabitkan kesalahan pula boleh dihukum denda tidak melebihi RM2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Kampung Jeram Perdah di Pasir Mas, Kelantan dengan Kampung Padang Nyor (Thailand) dipisahkan oleh alur Sungai Golok selebar empat meter sahaja ketika musim kemarau. -Gambar fail/ Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.