BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah kilang memproses keropok pelbagai jenama menggunakan logo halal tamat tempoh.
Pengarah KPDN Negeri Pulau Pinang S Jegan berkata, serbuan di rumah kedai dua tingkat, di Bukit Mertajam dijalankan bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
Jegan berkata, siasatan mendapati premis rumah kedai dua tingkat yang dijadikan kilang itu didapati menggunakan Logo Halal Malaysia yang telah tamat tempoh sah ke atas produk jualannya iaitu makanan ringan keropok pelbagai perisa.
"Serbuan itu melibatkan seramai empat anggota penguat kuasa KPDN negeri dan dua pegawai Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu disyaki masih menggunakan Logo Halal Malaysia pada bungkusan makanan ringan keropok pelbagai perisa walaupun sijil halal telah tamat tempoh sah," katanya.
Susulan itu, pihak KPDN telah menyita produk makanan ringan keropok pelbagai perisa dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6,748.
Kes disiasat mengikut Perenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011
“Dalam undang-undang ini, semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.
“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000,” katanya dalam kenyataan semalam.
Jegan berkata, KPDN negeri memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menggunakan Logo Halal Malaysia tanpa diperakui oleh pihak berkuasa berwibawa sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Astro Awani
Wed Jul 10 2024

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Bukit Mertajam semalam, KPDN Pulau Pinang menyita produk makanan ringan keropok bernilai anggaran RM6,748 kerana menggunakan logo halal tamat tempoh. - Foto KPDN Pulau Pinang

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.

Premis jual muruku guna logo halal tidak sah di Buntong terbongkar
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk yang dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.

KPDN sita keropok pelbagai perisa guna logo halal tamat tempoh
Satu serbuan dijalankan di sebuah rumah kedai dua tingkat oleh KPDN Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan tetapi tiada dalam senarai sijil halal.

Produk 'salmon skin salted egg' tiada logo halal sah disita KPDN
Semakan awal mendapati logo halal berkenaan digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.