PASIR GUDANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya berhubung isu ketirisan subsidi diesel hampir RM10 bilion.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata tindakan itu perlu dibuat sekiranya siasatan dalaman dijalankan pihaknya mendapati terdapat kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang telah berlaku sebelum ini.
"Biasanya, kementerian akan melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu kerana kita ada unit yang membuat audit dan siasatan. Namun, sekiranya isu itu serius dan kita temui pelanggaran undang-undang, kita tidak keberatan menyerahkan kes kepada polis atau SPRM.
Kita akan beri kerjasama bagi memastikan ketirisan dapat diminimumkan, kerana kita tidak mahu dalam pembentangan bajet akan datang atau dalam mana-mana laporan, ketirisan subsidi diesel ini masih lagi menjadi isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) di Politeknik Ibrahim Sultan di sini hari ini.
Beliau berkata KPDN akan bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berperanan menyalur dan mengawal subsidi diesel kepada nelayan.
Semalam, Salahuddin dilapor berkata KPDN telah menubuhkan pasukan bertindak khas yang diketuai Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel itu.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel dipercayai diseleweng tahun lepas.
Mengulas inisiatif Rahmah, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai memaklumkan pelaksanaan program yang dijayakan KPDN itu tidak melibatkan sebarang dana awam, sebaliknya atas sokongan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mahu menangani kos sara hidup secara kolektif.
Katanya malah KPDN akan terus mengkaji pelbagai mekanisme yang boleh dilakukan dalam menangani kos sara hidup untuk jangka masa panjang termasuk dengan menjalin kerjasama bersama agensi dan kementerian lain.
"Sejujurnya saya masih belum berpuas hati dengan kerja yang dilakukan, jadi saya akan terus mempertingkat usaha agar inisiatif Rahmah ini boleh berkekalan, barangan terkawal serta meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata PUM23 yang disertai 600 pelajar bidang teknikal itu bertujuan menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan yang berkaitan dengan pendidikan mereka bagi mengelakkan berlakunya kehilangan tenaga mahir bidang teknikal apabila mereka menjadikan keusahawanan sebagai karier pilihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata tindakan itu perlu dibuat sekiranya siasatan dalaman dijalankan pihaknya mendapati terdapat kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang telah berlaku sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.