IPOH: Cubaan menyeludup 70 liter diesel ke Thailand berjaya dipatahkan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Pengkalan Hulu, Gerik semalam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Thailand masing-masing berusia 58 dan 24 tahun kerana disyaki cuba membawa keluar minyak diesel dalam tangki minyak kenderaan ketika melalui pemeriksaan di pos kawalan pintu masuk sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu.
Beliau berkata modus operandi penyeludup adalah dengan membeli minyak diesel di stesen minyak dengan had kuantiti sebanyak 20 liter sekali pembelian dan kenderaan yang sama akan membeli sekali lagi 20 liter minyak diesel di stesen minyak berlainan sebelum masuk semula ke Thailand.
Menurutnya kenderaan itu telah diikut sehingga melalui pemeriksaan di pos kawalan pintu masuk sempadan ICQS Pengkalan Hulu dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati 70 liter minyak diesel berada di dalam tangki kenderaan tesebut.
"Sehubungan itu, kenderaan dan minyak diesel tersebut telah disita dan kedua-dua warga Thailand tersebut ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM50,150.50," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Cubaan menyeludup 70 liter diesel ke Thailand berjaya dipatahkan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Pengkalan Hulu, Gerik semalam. - Foto Sinar Harian/KPDN Perak
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket secara borong.
KPDN sita 1,725 liter minyak diesel cuba diseleweng
KPDN Perak menyita 1,725 liter minyak diesel yang cuba diseleweng dalam satu serbuan di sebuah premis melombong pasir di Batu Gajah.
Premis jual katrij pencetak tiruan diserbu, 493 unit disita
Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki yang merupakan pengurus syarikat turut ditahan bagi membantu siasatan.
Syarikat kuari didenda RM57,000, miliki 12,175 liter diesel tanpa kebenaran
Syarikat terbabit, Kesens Sdn Bhd membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Kedai runcit kenakan pembelian bersyarat, KPDN sita 164kg minyak masak
KPDN Perak menyita 164 kilogram minyak masak peket dianggarkan bernilai RM410 dalam Ops Samar di sebuah kedai runcit di pekan Alor Pongsu, Parit Buntar.
KPDN Perak sita 400kg gula di kilang biskut
Premis itu juga disyaki menyimpan barang kawalan gula tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.
Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 52 kilogram minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis di Tanjong Malim semalam.
Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan tetapi tiada dalam senarai sijil halal.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.