PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) giat menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan telah memeriksa 512,204 premis perniagaan di seluruh negara, sejak 1 Jan hingga 31 Julai lepas.
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada penguatkuasaan yang dijalankan itu, sebanyak 7,711 kes dibuka melibatkan nilai rampasan RM54.4 juta.
Beliau berkata kementeriannya turut mengeluarkan kompaun dan denda berjumlah RM6.9 juta, selain merekodkan tangkapan melibatkan 415 orang.
"Ini menunjukkan penguatkuasaan dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam memastikan kita dapat mewujudkan persekitaran perdagangan sihat dan pengguna berkat. Ini penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah peringkat Sabah 2023 di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, hari ini.
Program disertai seramai 36 peserta daripada sembilan sekolah di Sabah itu merupakan aktiviti tahunan KPDN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, antara lain bertujuan mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar.
Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN komited untuk terus memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan lagi fungsi, kompetensi dan kecekapan warga penguat kuasa kementerian berkenaan.
"Begitu juga dalam aspek perundangan. Di bawah KPDN, ada 12 akta terlibat termasuk berkaitan dengan penguatkuasaan.
"Justeru, adalah perlu untuk mana-mana akta dikaji, diteliti dan dibuat pindaan bagi membolehkan aspek penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.
Mengulas mengenai Jualan Rahmah di Sabah, Armizan berkata kementeriannya optimis rakyat negeri itu, khususnya B40, akan lebih menikmati manfaat program tersebut apabila ia diperluaskan menerusi konsep Jualan Rahmah Bergerak.
Beliau berkata peruntukan tambahan RM50 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai lepas bagi memperluaskan program itu akan membolehkan Jualan Rahmah Bergerak diadakan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada penguatkuasaan yang dijalankan itu, sebanyak 7,711 kes dibuka melibatkan nilai rampasan RM54.4 juta. - Gambar fail
Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia
Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui selamat di perairan Acheh, Indonesia.
Tragedi rempuhan: 10 maut dalam insiden rempuhan gereja di Nigeria
Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja tempatan di daerah Maitama, Abuja, ibu negara Nigeria, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
Anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.
Rempuhan kereta: Parti kanan Jerman jadikan lokasi tragedi medan politik
Sebuah peringatan spontan yang diwujudkan oleh keluarga mangsa dan penduduk tempatan di sebuah gereja berhampiran pasar Krismas Magdeburg berubah pada hari Sabtu menjadi acara berbaur politik.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memandang enteng lebih 6,000 doktor yang meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas.
Angin kencang landa Semporna, puluhan rumah dan masjid terjejas
Insiden ribut bersama angin kencang yang melanda dua perkampungan atas air di Semporna, Sabah pada awal pagi Ahad menyebabkan kerosakan teruk puluhan rumah kediaman, sebuah masjid, dan kenderaan penduduk.
TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.
Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza
Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
AWANI Ringkas: Polis siasat resit pesanan makanan hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.