KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) disarankan bekerjasama untuk memperkenalkan Dasar Francais Negara, bagi memperkasakan industri francais.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dasar baharu itu, perlu diwujudkan agar memastikan matlamat negara untuk mencapai RM500 bilion perolehan bagi industri francais pada 2030, dapat direalisasikan.
"Walaupun saranan ini mungkin agak berat...tetapi saya amat yakin bahawa matlamat ini boleh dicapai, jika semua pihak komited melakukannya.
"Di bawah kepimpinan (Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Radzali Hassan dibantu oleh rakan-rakan seperti HDC (Halal Development Corporation Berhad) dan pemain industri yang lain, saya yakin matlamat ini dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2023 anjuran MFA, di sini malam ini yang turut dihadiri Radzali.
Ahmad Zahid berkata Dasar Francais Negara perlu menetapkan dua sasaran, iaitu mengembangkan pasaran domestik sedia ada menerusi penganjuran pameran tempatan, termasuk pameran produk halal bertujuan untuk padanan perniagaan.
"Ini bagi menggali potensi untuk pemegang francais untuk memfrancaiskan kepada masyarakat yang mahu menyertai industri francais ini. Sasaran kedua pula perkembangkan francais ini ke peringkat luar negara," katanya.
Ahmad Zahid berkata kolaborasi antara kementerian terlibat, agensi kerajaan, pemain industri serta persatuan berkaitan, harus dilakukan bagi mencapai sasaran itu.
Selain itu, beliau juga mencadangkan MFA dan pihak berkaitan lain untuk menganjurkan ASEAN Franchise Conference di negara ini berikutan Malaysia akan menjadi hos bagi persidangan ASEAN pada tahun hadapan, untuk menjemput ramai lagi pemain industri francais dalam kalangan ASEAN.
"Saya harap jawatankuasa induk untuk mengadakan ASEAN Franchise Conference dapat dibentuk dengan segera," katanya dan memaklumkan mesyuarat mengenai perkara itu dijangka diadakan selewatnya November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2023 malam ini. - Foto BERNAMA
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.