KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas dianggotai empat kementerian dicadang ditubuhkan bagi mengemukakan pelan komprehensif dalam merancang dan mengembangkan aktiviti komersial di sempadan negara sekali gus mengelak ketirisan barangan bersubsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selain kementeriannya, jawatankuasa itu akan turut melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Salahuddin berkata buat masa ini, beliau melihat potensi besar di sempadan Sabah dan Sarawak khususnya dengan Brunei dan Indonesia yang dijangka turut memberi pulangan kepada rakyat dan negara.
"Kita kena bersedia khususnya apabila Nusantara dibangunkan, dan Indonesia berlari pantas menyuburkan ekonomi mereka dan kita di Sabah dan Sarawak tidak boleh ketinggalan.
"KPDN mengambil tanggungjawab penuh usaha bagaimana kawasan sempadan ini kita komersialkan dan situasi menang-menang ini harus kita dapat supaya barangan tempatan boleh dibeli (rakyat asing) tanpa subsidi dan aktiviti penyeludupan dapat kita minimumkan pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan berhubung Pembinaan Stesen Minyak Tanpa Subsidi di Bandar-bandar Sempadan Negara pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Salahuddin berkata potensi besar pengembangan ekonomi sempadan itu antara lain dapat dilihat apabila baru-baru ini sebanyak 150 metrik tan gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dihantar negara dalam Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei.
"Ini membuktikan bahawa bukan hanya LPG, saya nampak dengan Indonesia dan Brunei lebih banyak aktiviti komersial sempadan dapat kita tingkatkan," katanya.
Beliau berkata ketika ini menerusi projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
Sehubungan itu beliau berharap cadangan jawatankuasa khas yang akan dibawa beliau kepada kabinet itu akan dapat merancang lebih banyak program ekonomi dengan pendekatan seluruh negara demi menyelamatkan wang kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Salahuddin berkata selain kementeriannya, jawatankuasa itu akan turut melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).- Gambar fail/BERNAMA
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
KPDN cadang tubuh jawatankuasa khas rancang aktiviti ekonomi sempadan
Satu jawatankuasa khas dianggotai empat kementerian dicadang ditubuhkan bagi mengemukakan pelan komprehensif dalam merancang dan mengembangkan aktiviti komersial di sempadan negara sekali gus mengelak