JASIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas kempen menyelamatkan pembaziran makanan MYSaveFood ke pasar malam seluruh negara selepas Aidilfitri ini.
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata kempen itu telah mendapat maklum balas positif daripada persatuan peniaga yang bersedia untuk bekerjasama selain turut melibatkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).
"Jika kita lihat inisiatif MYSaveFood ini telah menunjukkan kesan positif apabila sejumlah 19.84 tan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran pada Ramadan ini.
"Program ini melibatkan pengumpulan lebihan juadah tidak terjual yang dilakukan selepas waktu berbuka puasa, seterusnya diasing dan ditimbang bagi tujuan rekod sebelum diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau hadir pada program MYSaveFood Ramadan di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Bandar Baru Merlimau yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Allex Seah Shoo Shin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), pada tahun ini dianggarkan sejumlah 75,000 tan sisa makanan dibazirkan jika tiada tindakan diambil untuk menyelamatkan makanan tersebut.
"Data itu diperoleh daripada jangkaan sebanyak 19,228 tan sisa makanan dibuang setiap hari di seluruh negara pada Ramadan berbanding 16,720 tan sisa makanan dikumpul pada hari biasa, iaitu pertambahan 2,508 tan atau 15 peratus," katanya.
Menurutnya program MYSaveFood itu telah dijayakan oleh 1,227 sukarelawan di 43 lokasi Bazar Ramadan terpilih seluruh negara.
Beliau berkata KPDN juga telah bekerjasama dengan pihak hotel terpilih seluruh Malaysia untuk menyelamatkan makanan yang tidak disentuh dengan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut melalui proses retort.
"Sejumlah 792 pek makanan bersamaan 62 kilogram telah melalui proses retort dan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
![KPDN cadang perluas MYSaveFood ke pasar malam selepas Syawal KPDN cadang perluas MYSaveFood ke pasar malam selepas Syawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681311641_FuziahSalleh.jpg)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh (dua, kanan) menunjukkan poster promosi MySaveFood Ramadan ketika hadir pada program itu di Bazar Ramadan Bandar Merlimau lewat petang tadi. - Foto BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara 33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711584826_FuziahSalleh.jpg)
33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara
Kempen itu digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa daripada IPT.
![500 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan diselamatkan di Kedah 500 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan diselamatkan di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711258038_MohdFirdausMukhriz.jpg)
500 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan diselamatkan di Kedah
Sebanyak 500 kg makanan dan minuman tidak habis dijual di beberapa bazar Ramadan di Kedah diselamatkan menerusi program MySaveFood@Ramadan 2024.
![8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah 8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710945967_FuziahSalleh.jpg)
8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah
Sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM116,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood dalam tempoh enam hari puasa tahun ini.
![Agenda keselamatan makanan adalah agenda keselamatan negara - Zahid Agenda keselamatan makanan adalah agenda keselamatan negara - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457602495_AhmadZahidHamidi.jpg)
Agenda keselamatan makanan adalah agenda keselamatan negara - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjamin soal keselamatan makanan sama seperti hal keselamatan nasional.