KLUANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat telekomunikasi negara, minggu depan bagi membincangkan mengenai kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mereka ketika ini.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata langkah itu dibuat susulan KPDN kerap menerima aduan daripada pengguna bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar mengenai kesukaran mendapatkan akses capaian Internet dan gangguan talian tetap.
"Misal saya, pelanggan sebuah syarikat lebih 20 tahun, tetapi gangguan dari segi panggilan kita terima, bila bercakap talian terputus. Kemudian kita ditawarkan dengan Wifi tidak bermutu, pakai panggilan WhatsApp pun sama juga.
Ini menunjukkan ia tidak sepadan dengan pakej yang ditawarkan itu dengan yang kita bayar, apabila kita lewat bayar sedikit mereka akan potong talian kita, padahal kita ini pelanggan setia. Mereka perlu jawab persoalan dan aduan yang rakyat buat ini. Saya harap perkara ini dapat kita selesaikan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini, hari ini.
SALAHUDDIN-TELEKOMUNIKASI 2 (AKHIR) KLUANG
Berhubung perkhidmatan Touch 'n Go (TNG), Salahuddin berkata KPDN memberi tempoh kepada syarikat pengendali TNG sehingga awal Mac depan bagi menyelesaikan beberapa aduan yang dibangkitkan pengguna, sebelum ini.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata tempoh yang diberikan itu relevan untuk pihak syarikat pengendali memperbaiki sistem sedia ada, sebelum mereka dipanggil semula untuk dikenakan tindakan sekiranya tiada perubahan dibuat dalam tempoh yang diberikan.
"Saya sangat prihatin dengan isu kad NFC (Komunikasi Medan Dekat) TNG RM10 yang sukar didapati (di pasaran) tetapi harga RM40 ada pula. Saya telah minta pihak TNG buat (penjualan) lambakan segera terutama di stesen minyak lebuh raya atau di tempat yang perlu.
Saya akan tinjau dalam perjalanan balik ini atau tiga hingga empat hari ini dengan singgah di mana-mana dan saya akan tanya ada tidak stok kad itu kerana semua pihak kena menyenangkan rakyat bukan susahkan rakyat dan rakyat amat memerlukan (kad itu)," katanya.
Menurut beliau, KPDN pada masa sama mengalu-alukan sebarang aduan berhubung kegiatan penjualan kad NFC di pasaran pada harga berlipat kali ganda oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kad NFC membolehkan pengguna membuat tambah nilai pada bila-bila masa dan di mana-mana menggunakan aplikasi TNG eWallet yang terdapat di peranti mudah alih selain, pengguna tidak dikenakan sebarang surcaj apabila tambah nilai dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Salahuddin berkata, KPDN kerap menerima aduan daripada pengguna mengenai kesukaran mendapatkan akses capaian Internet dan gangguan talian tetap. - Gambar fail
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.