Kesemua 47 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat kembali ke tanah air malam tadi selepas berjaya melaksanakan misi lima hari menghulurkan bantuan kemanusiaan di wilayah Mindanao selatan Filipina yang terjejas akibat taufan Bopha.
Misi itu membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian, termasuk kerusi roda untuk diagihkan kepada mangsa bencana.
Pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) yang membawa anggota misi berkenaan dan pengamal media yang turut serta, mendarat di Pangkalan TUDM Subang pada 11.15 malam.
Pengerusi KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi itu yang tertumpu kepada kawasan pedalaman diterima baik oleh mangsa taufan Bopha dan telah berjaya mengagih bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian kepada lebih 30,000 keluarga mangsa taufan itu.
"Misi kali ini berjaya mencapai sasaran bantuan seperti yang dirancang sebelumnya dan kerajaan Filipina berterima kasih kepada kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap malapetaka yang menimpa rakyatnya," kata beliau kepada pemberita sejurus tiba.
Bernama
Fri Dec 28 2012


Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keputusan negara duduki kerusi wakil UNSC diketahui Khamis
Keputusan pengundian negara-negara yang dapat menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015-2016 akan diketahui dalam masa dua hari lagi.

BN tak abaikan DUN Kuala Ketil -- Azeez
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang memenangi kerusi Parlimen Baling berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dalam membangunkan kawasan parlimen itu.

KP1M berjaya salur bantuan - taufan bopha
Kesemua 47 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat kembali ke tanah air malam tadi selepas berjaya melaksanakan misi lima hari menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Hospital di Cateel, Baganga perlu ubat rawat luka akibat Taufan Bopha
Penduduk di Baganga dan Cateel, dua lokasi yang terjejas teruk dilanda Taufan Bopha, kini berdepan ancaman tiga penyakit iaitu cirit-birit, radang paru-paru dan penyakit kulit
Misi kemanusiaan KP1M tiba di Davao
Selepas lapan jam perjalanan merentasi Laut China Selatan, misi kemanusiaan Malaysia yang diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), tiba di Pangkalan Tentera Udara Filipina(PAF) di Davao City di sini.