Penduduk di Baganga dan Cateel, dua lokasi yang terjejas teruk dilanda Taufan Bopha, kini berdepan ancaman tiga penyakit iaitu cirit-birit, radang paru-paru dan penyakit kulit.
Ketua Perubatan Misi Bantuan Kemanusiaan Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berkata mereka berdepan dengan penyakit itu ekoran bekalan air, persekitaran serta makanan yang tidak bersih.
"Misi kita pada kali ini membawa bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk disalurkan kepada hospital ini, yang dilaporkan menerima ramai pesakit di sekitar daerah ini sejak taufan Bopha, termasuk membawa pakar antaranya, pakar kulit dan mata bagi melihat keadaan pesakit di sini.
"Hasil daripada pengamatan kita, penduduk di sini berdepan risiko tiga penyakit ini disebabkan mereka tidak mendapat bekalan air yang bersih, kawasan persekitaran yang tidak terjaga serta makanan yang mungkin tercemar disebabkan badaian taufan ini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan kepada Ketua Pengarah Hospital Daerah Cateel Dr Dante A.Enriquez.
Hospital di daerah Cateel juga dikenal pasti memerlukan ubat serta peralatan bagi merawat luka kecil dan bagi menyambut kelahiran bayi.
Dr Dante berkata buat masa ini, bekalan ubat masih mencukupi namun perlu ditambah untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan KP1M atas sumbangan yang dihulurkan.
Sementara itu, Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi diteruskan hari ini dengan mengagih bantuan termasuk di Kolej St Mary's Baganga dalam bentuk ubat-ubatan dan peralatan perubatan, selain wang sebanyak 50,000 peso bagi membina semula sebuah masjid di daerah tersebut.
Beliau berkata bantuan seperti barangan keperluan asas, beras, selipar serta berus gigi turut disalur ke kawasan perkampungan di Cateel dan Boston.
Sementara itu, Kaunselor Bimbingan Kolej St Mary's Maria Gloria Cataluna berkata bantuan yang diterima sangat bermakna dan akan diagih kepada penduduk.
Bernama
Wed Dec 26 2012
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Hospital di Cateel, Baganga perlu ubat rawat luka akibat Taufan Bopha
Penduduk di Baganga dan Cateel, dua lokasi yang terjejas teruk dilanda Taufan Bopha, kini berdepan ancaman tiga penyakit iaitu cirit-birit, radang paru-paru dan penyakit kulit
Mangsa Bopha perlukan bahan perlindungan sementara
Penduduk di Baganga di selatan Filipina yang dilanda taufan Bopha kini amat memerlukan bahan perlindungan sementara dan kemudahan asas seperti tandas