KUALA LUMPUR: Kos perbelanjaan yang tinggi merupakan cabaran Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di setiap hospital di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pelaksanaan sistem itu memerlukan belanjawan yang tinggi dengan mungkin mencecah bilion ringgit kerana perlu menaik taraf infrastruktur hospital serta kesesuaian bangunan juga diambil kira.
"Peralatan yang sedia ada juga lama, jadi kita perlu menaik tarafnya sama ada membaik pulih atau menggantikan yang baharu. Perkara ini turut menyumbang keperluan bajet yang tinggi selain kos sistem itu sendiri.
"Bagi pelaksanaan yang tuntas mengenai perkara ini, kita memerlukan kerjasama daripada Kementerian Kewangan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu jangkaan sistem EMR boleh berintegrasi sepenuhnya serta kekangan dihadapi KKM dalam melaksanakannya kerana dilihat setiap hospital masih bekerja silo berhubung rekod perubatan pesakit.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata sehingga kini, sebanyak 103 Klinik Kesihatan telah dilengkapkan dengan sistem Teleprimary Care - Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) dan 42 Klinik Kesihatan di Negeri Sembilan akan dilengkapi sistem sama melalui projek EMR Kebangsaan.
"Terdapat 1,027 Klinik Kesihatan yang menggunakan sistem janji temu dalam talian melalui aplikasi MySejahtera, manakala 370 Klinik Kesihatan menawarkan perkhidmatan klinik maya kepada pelanggan mereka.
"Perancangan seterusnya adalah untuk memperluas semua sistem berkaitan secara lebih menyeluruh bagi mencapai objektif sistem maklumat kesihatan bersepadu," katanya menjawab soalan asal Tan mengenai status terkini dalam pelaksanaan sistem EMR di hospital dan klinik di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Dr Zaliha berkata pelaksanaan sistem itu memerlukan belanjawan yang tinggi dengan mungkin mencecah bilion ringgit kerana perlu menaik taraf infrastruktur hospital serta kesesuaian bangunan juga diambil kira. -Gambar fail/Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Sambutan Hari Kebangsaan luar biasa, satu padukan rakyat Malaysia
Gobind berkata kehadiran rakyat Malaysia yang sangat ramai membuktikan sambutan berkenaan meriah serta menonjolkan semangat kebersamaan.
Kuala Lumpur masih selamat - Dr Zaliha
Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai agar berhati-hati, terutamanya di kawasan berhampiran lokasi mendapan tanah.
Tanah jerlus Masjid India: Dr Zaliha nafi tidak turun padang
Dr Zaliha berkata beliau berada di Kuching, Sarawak ketika menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum melawat lokasi kejadian pada Sabtu lepas sejurus pulang ke Kuala Lumpur.
DBKL teliti semula SOP atasi banjir kilat di ibu kota - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi masalah banjir kilat di ibu negara.
Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai 15 Ogos
Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa mulai 15 Ogos ini.
Populasi Kuala Lumpur cecah 8.8 juta orang
Populasi di ibu negara kini dianggarkan melebihi 8.8 juta orang dengan peningkatan tahunan sebanyak 2.25 peratus berbanding tahun lepas.
Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan - Zaliha
Pelaksanaan Projek Mempertingkatkan Persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar Kuala Lumpur sepanjang 1.4 kilometer (km) dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di satu daripada kawasan 'KL Congestion Hot S
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan RM431.18 bilion
Dr Zaliha Mustafa berkata ia merangkumi RM253.6 bilion pada 2023 dan RM77.58 bilion dari Januari hingga Mei tahun ini.