KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata penetapan kos itu adalah seperti yang dimuktamadkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.
"Untuk makluman, MoU ini telah menetapkan kos (pengambilan pekerja domestik Indonesia) iaitu RM7,800...jadi kalau ada satu caj atau bayaran yang melebihi seperti (kos) ini boleh buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu kos secara terperinci yang dibayar pemohon kepada ejen pengambilan pekerja domestik Indonesia sebelum wabak COVID-19 dan bilangan agensi yang terlibat dalam pengambilan pekerja migran dari Bangladesh.
Menjawab soalan pengambilan pekerja migran dari Bangladesh, Awang berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis 2021 telah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh adalah menerusi 275 Agensi Pekerjaan Bangladesh.
Bagi mencegah rasuah dan eksploitasi kemasukan pekerja migran ke negara ini, beliau berkata antara langkah yang diambil adalah melalui pewujudan MoU berhubung penggajian pekerja asing dengan pihak negara sumber yang bertujuan memberi perlindungan sewajarnya dari segi hak dan kebajikan pekerja serta menjaga kepentingan majikan.
Selain itu, Awang berkata ia juga bertujuan untuk membanteras sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.
"Hanya Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dibenarkan membantu majikan menguruskan segala urusan penempatan pekerja asing di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Kasthuriraani mengenai langkah-langkah mencegah rasuah dan eksploitasi yang akan diambil kerajaan terhadap sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja migran ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Awang Hashim berkata penetapan kos itu adalah seperti yang dimuktamadkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia.