JELI: Perbelanjaan negara dalam urusan pilihan raya akan meningkat dengan ketara sekiranya pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negara (PRN) diadakan pada tarikh berasingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata sekiranya berlaku, ia juga dilihat boleh mempengaruhi keputusan orang ramai khususnya pengundi luar, sama ada sanggup atau tidak untuk 'balik mengundi' dua kali, bagi menjalankan tanggungjawab mereka.
Ahli Parlimen Jeli itu berkata sekiranya berlaku PRU dan PRN pada tarikh berasingan, tumpuan pastinya dilihat akan terarah kepada aspek politik berbanding pemulihan ekonomi.
"Sudah tentu ia akan menyusahkan rakyat, mengganggu pemulihan ekonomi dan kestabilan politik kerana semua pihak mahu berkempen, memasang poster dan berceramah. (Sedangkan) Perkara penting ketika ini ialah kita mahu pulihkan ekonomi selepas memerangi pandemik COVID-19 sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM dan STAM Sekolah dalam Parlimen Jeli di Pejabat Khidmat Dato Pa, Bukit Nangka, di sini hari ini.
Awal minggu ini beberapa media melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Dewan Undangan Negeri di ketiga-tiga negeri ditadbir parti itu yakni Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
![Kos meningkat sekiranya tarikh PRU dan PRN berasingan - Mustapa Kos meningkat sekiranya tarikh PRU dan PRN berasingan - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660477954_MustapaMohamed.jpg)
Menurut Mustapa, jika berlaku PRU dan PRN pada tarikh berasingan, tumpuan pastinya dilihat akan terarah kepada aspek politik berbanding pemulihan ekonomi. - Bernama
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Kos meningkat sekiranya tarikh PRU dan PRN berasingan - Mustapa Kos meningkat sekiranya tarikh PRU dan PRN berasingan - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660477954_MustapaMohamed.jpg)
Kos meningkat sekiranya tarikh PRU dan PRN berasingan - Mustapa
Jika berlaku PRU dan PRN pada tarikh berasingan, tumpuan pastinya dilihat akan terarah kepada aspek politik berbanding pemulihan ekonomi.