SEOUL: Eksport kereta Korea Selatan mencatat paras tertinggi pada November berikutan permintaan kukuh bagi kenderaan mesra alam dan bekalan semikonduktor automotif yang stabil.
Nilai penghantaran keluar kereta mencecah AS$5.4 bilion bulan lepas, meningkat 31 peratus berbanding tahun lepas, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.
Sejumlah 219,489 kenderaan berjaya dijual di luar negara pada bulan lepas, meningkat 25 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Yonhap.
Nilai eksport dan jumlah kenderaan dijual mencatat peningkatan selama lima bulan berturut-turut.
Korea Selatan telah menjual kenderaan berjumlah AS$48.7 bilion di luar negara dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, melepasi angka tahunan bagi 2021, menurut kementerian itu.
Jualan itu disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi kenderaan mesra alam.
Bilangan kereta mesra alam yang dijual bulan lepas meningkat 14.8 peratus iaitu 50,042 unit.
Daripada jumlah itu, jualan kenderaan elektrik melonjak 27.4 peratus (22,341 unit).
Kenderaan mesra alam menyumbang 22.8 peratus daripada jumlah eksport kereta negara pada bulan lepas, menurut data.
Eksport ke Amerika Utara melonjak 51 peratus iaitu AS$2.63 bilion, dan eksport ke Kesatuan Eropah meningkat 6.3 peratus pada kadar AS$788 juta.
Sementara itu, jualan di negara Asia meningkat 73.2 peratus (AS$479 juta), dan di Asia Barat meningkat 14.1 peratus (AS$481 juta), menurut kementerian itu.
Eksport alat ganti kereta turut mencatatkan peningkatan 0.8 peratus tahun ke tahun iaitu AS$1.86 bilion bulan lepas.
--BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Nilai penghantaran keluar kereta mencecah US$5.4 bilion bulan lepas, meningkat 31 peratus berbanding tahun lepas, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.- Gambar hiasan
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.

Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.

Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.

ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.