Korea Selatan bergantung kepada pengalaman selama 12 tahun dalam pelaksanaan Keretapi Ekspess Korea (KTX) bagi memasuki bidaan rel berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Kang Hoin berkata pembinaan KTX telah membolehkan negara itu memperoleh pengetahuan yang luas dalam membangunkan rangkaian keretapi.
"Saya percaya Korea Selatan berpeluang tinggi dalam bidaan projek keretapi ini, disebabkan kami amat memahami teknologi dan kos yang bersesuaian dengan senario negara ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar di sini hari ini.
Katanya, model perniagaan HSR KL-Singapura adalah berdasarkan kepada permohonan untuk cadangan (RFP) yang diminta oleh SPAD yang dijangka akan diumumkan pada pertengahan tahun depan.
"Selepas pengumuman RFP, kami akan mengambil kira keadaan terbaik bagi model perniagaan itu dan kami akan mendapatkan satu cadangan yang berkesan serta boleh dilaksanakan dengan cepat ke dalam projek tersebut," katanya.
Sebelum itu, semasa pertemuan, Kang menyatakan bahawa kerajaan Korea Selatan bersedia untuk menyertai projek HSR KL-Singapura, termasuk berkongsi kepakaran pengoperasian keretapi laju bagi mengurangkan kos operasi, pemindahan teknologi, maklumat penyelenggaraan termasuk kecekapan operasi.
"Kerajaan Malaysia jelas memahami kelebihan kami dan amat mengalu-alukan kesediaan kami untuk mengambil bahagian dalam projek mega ini," katanya.
Kang dijadualkan untuk bertemu dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan MyHSR, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal esok.
Korea Selatan, yang menggunakan sistem dari Perancis bagi kereta api generasi pertamanya, sekarang ini berada pada kedudukan keempat di dunia selepas Perancis, Jerman dan Jepun dalam pengoperasian teknologi kereta api berkelajuan tinggi.
Sejak KTX dimulakan pada 2004, ia telah mencatatkan sifar kemalangan dan 99.88 peratus dalam ketepatan masa.
Bernama
Tue Jun 14 2016
SYED HAMID: Percaya Korea Selatan berpeluang tinggi dalam bidaan projek keretapi ini.
Titah adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib ditahan di rumah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, Jabatan Penjara tidak pernah menerima sebarang perintah daripada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak jalani baki tempoh hukuman penjaranya di rumah
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur
Perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditangguhkan selepas bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak sihat akibat kurang tidur.
Najib dapat kebenaran mulakan semakan kehakiman Topik: Titah Adendum
Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil
Kelulusan itu menjadikan ia penyedia ketiga yang diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, selepas TikTok dan WeChat.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis
Keadaan itu berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara.
AWANI Borneo [6/1/2025] – TMM2026 | Pendirian Kerajaan Negeri | Suara Rakyat
Tumpuan AWANI Borneo 6 Jan 2025 bersama Syaff Shukri
- TMM2026 : Tiada negeri tertinggal
- Sabah tidak akan laksana hukuman sebat di khalayak ramai
- Masalah tekanan air, penduduk rayu penyelesaian segera
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- TMM2026 : Tiada negeri tertinggal
- Sabah tidak akan laksana hukuman sebat di khalayak ramai
- Masalah tekanan air, penduduk rayu penyelesaian segera
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Pam akan dipasang bantu penduduk Bandar Leila
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh mengambil maklum mengenai masalah tekanan air rendah yang berlaku di Bandar Leila dan sedang merangka pelan penyelesaian.
Masalah tekanan air, penduduk rayu penyelesaian segera
Penduduk Bandar Leila di Sandakan yang berdepan masalah tekanan air rendah lebih seminggu lalu sehingga ada yang terpaksa berjaga malam dan menggunakan pam untuk mendapatkan air.
Pertimbang lebih banyak platform E-dompet mudahkan penyaluran SKAS
Kerajaan negeri Sarawak disaran mempertimbangkan lebih banyak platform e-wallet bagi menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memudahkan rakyat terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah dengan penggunaan aplikasi S Pay Global.
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.