KOTA BHARU: Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan bagi memperkasakan bahasa etnik dan mendokumentasikan kepelbagaian bahasa kolokial di negara ini akan dilaksanakan pada Oktober ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata beberapa negeri yang layak akan dipilih untuk konvensyen berkenaan yang akan dilaksanakan secara besar-besaran.
"Sebagai contoh Kelantan berkemungkinan dipilih kerana masyarakat Kelantan menekankan dialek atau lebih popular sebagai 'kecek Kelate'.
"Kelantan adalah contoh terbaik apabila bercakap tentang perpaduan dan keharmonian kaum kerana rakyatnya merangkumi kepelbagaian etnik serta warisan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Bicara Bahasa Kolokial Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti 'Cakno Loghat Kelate' di sini, hari ini.
Aaron berkata penulisan, ejaan dan sebutan dialek sesuatu negeri itu jika dipilih dalam konvensyen berkenaan akan direkodkan dan dimasukkan ke dalam Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai rujukan kepada generasi yang akan datang.
"Ini merupakan inisiatif ANM dalam mendokumentasikan bahasa kolokial merupakan satu daripada usaha bagi memasyarakatkan warisan negara supaya ia dapat kekal dirujuk dan dihayati oleh mereka (generasi akan datang)," katanya.
Menurut beliau ANM akan menjadi hab rujukan bahasa kolokial dan budaya etnik di Malaysia.
Aaron berkata hab ANM akan menjadi rujukan pelajar yang disimpan di arkib untuk mereka mengkaji dan mempelajari kepelbagaian bahasa kolokial.
"Oleh itu, hab ANM akan digerakkan untuk turun ke komuniti kampung-kampung pedalaman bagi mengetahui sejarah, asal-usul dan tradisi kampung-kampung (terpilih untuk konvensyen kolokial) untuk didokumentasikan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah ANM Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata ANM bukan berlawan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang memperjuangkan bahasa standard sebaliknya ANM hanya membuat pendokumentasian bahasa.
"Ia adalah usaha ANM untuk mendokumentasikannya kerana ANM melahirkan rasa bimbang bahasa-bahasa etnik akan pupus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Aaron (kanan) memalu rebana ubi sebagai gimik perasmian Majlis Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti "Cakno Loghat Kelate" hari ini. - Foto Bernama
Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.
Sekurang-kurangnya 10 maut, 30 cedera selepas kenderaan rempuh orang ramai di New Orleans
Pasukan penyelamat kini "sedang menangani insiden kecemasan melibatkan kenderaan yang merempuh orang ramai di Jalan Canal dan Bourbon."
Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.
PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.
Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan akan dilaksana Oktober ini - Aaron
Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan bagi memperkasakan bahasa etnik dan mendokumentasikan kepelbagaian bahasa kolokial di negara ini akan dilaksanakan pada Oktober ini.