ALOR GAJAH: Wang simpanan seorang kontraktor berjumlah RM146,313.60 lesap dalam tempoh tiga hari akibat diperdaya sindikit pelaburan bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ia bermula apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Disember lepas, menawarkan tiga pakej pelaburan bitcoin dikenali sebagai 'basic', 'premium' serta 'gold'.
Beliau berkata bagi pakej 'basic', modal yang diperlukan untuk membuat pelaburan bitcoin ialah RM300 dan pelabur kononnya akan mendapat pulangan pelaburan antara RM8,000 hingga RM12,000 dalam masa tiga jam.
Bagi pakej premium pula, modal yang diperlukan adalah RM1,000 dengan tawaran pulangan pelaburan antara RM18,000 hingga RM25,000 dalam tempoh enam jam, manakala bagi pakej 'gold' modalnya RM1,800 dengan pulangan antara RM30,000 hingga RM50,000.
Arshad berkata ekoran terpedaya dengan tawaran lumayan, lelaki itu kemudiannya membuat 12 transaksi pemindahan wang ke sembilan akaun bank yang diberi suspek berjumlah RM146,313.60 dalam tempoh tiga hari bermula Rabu lepas.
Dalam kenyataan di sini hari ini Arshad berkata lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Rumbia dekat sini semalam, selepas menyedari ditipu apabila dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pelaburannya itu.
"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan terlalu lumayan yang ditawarkan dalam talian, dan dinasihatkan segera menelefon Pusat Respon Scam Kebangsaan di talian 997 (apabila merasakan tertipu) agar wang yang dipindahkan ke akaun sindiket penipuan dapat disekat dengan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
![Kontraktor rugi lebih RM140,000 terperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud Kontraktor rugi lebih RM140,000 terperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51704013524_scam.jpg)
Mangsa menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Disember lepas. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
![Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718617571_Antidepress.jpg)
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
![Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp
Lelaki berusia 75 tahun itu mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Disember tahun lepas.
![Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718603919_TBPDRMjpg.jpg)
Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.
![Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717487968_TanBoonHeong.jpg)
Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.
![Suami isteri rugi RM300,000 gara-gara lot lidi Suami isteri rugi RM300,000 gara-gara lot lidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717382628_Suamiisterirugi.jpg)
Suami isteri rugi RM300,000 gara-gara lot lidi
Ibu bapanya membuat pembelian tanah pada tahun 2018 selepas penjual menjanjikan proses pemilikan yang cepat, mudah dan teratur.
![Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641824636_FBScam.jpg)
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
![Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terperdaya skim simpanan tetap Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terperdaya skim simpanan tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51704013524_scam.jpg)
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terperdaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
![Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683599727_Depression.jpg)
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
![Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710258051_PolisBangkok.jpg)
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan.