BANGKOK: Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan mengakibatkan kerugian kira-kira 800 juta baht (RM105.26 juta).
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi, Mej Jen Polis Puttidej Bunkrapue berkata seorang lelaki Malaysia berusia 42 tahun disyaki dalang sindiket ini diberkas di Sadao, Songkhla pada 6 Mac lepas.
Seorang lagi lelaki berusia 26 tahun memiliki rekod jenayah di Malaysia bersama teman wanitanya seorang warga Thailand berusia 30 tahun ditahan di Bangkok pada keesokan harinya.
Beliau berkata dua lelaki Malaysia dan wanita Thailand itu disyaki merupakan sebahagian daripada anggota sindiket transnasional yang beroperasi merentas Malaysia, Thailand dan Kemboja.
"Sindiket itu dianggarkan memiliki lebih daripada lima bilion baht (RM657.90 juta) yang beredar dalam rangkaiannya.
Siasatan awal mendapati sindiket itu memperdaya lebih daripada 50 mangsa, kebanyakannya wanita. Ada mangsa yang memindahkan antara 10 hingga 15 juta bhat pada satu-satu masa.
Seorang wanita warga emas Thai mengalami kerugian yang terbesar, iaitu 50 juta bhat (RM6.58 juta), katanya kepada Bernama.
Puttidej berkata dua rakyat Malaysia itu akan menghadapi pertuduhan termasuk penipuan dan jenayah siber yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mungkin menghadapi pertuduhan tambahan iaitu jenayah terancang transnasional yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, katanya.
Siasatan mendapati capaian sindiket itu merentas beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Kemboja, Thailand, Malaysia dan juga Hong Kong.
Lelaki Malaysia berusia 42 tahun yang disyaki sebagai dalang sindiket ini didapati kerap ke Malaysia, Thailand dan Kemboja dan penyiasat menemukan pautan alamat Protokol Internet dan transaksi kewangan kepada sindiket itu di Hong Kong.
Puttidej berkata polis menyita 84 akaun bank mengandungi lebih daripada 20 juta bhat selain daripada 20 akaun kripto.
"Polis juga merampas 33 komputer, 65 telefon bimbit dan satu koleksi barangan mewah termasuk kereta, beg dan jam tangan berjenama," katanya.
Beliau berkata mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap lebih 50 suspek termasuk lapan rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan sindiket ini.
"Kami sedang memohon kerjasama daripada polis Malaysia untuk memburu lebih ramai suspek, kata Puttidej.
Mangsa-mangsa diperdaya supaya melabur dalam satu aplikasi palsu dipanggil "Nichare", yang menjanjikan keuntungan mudah dan membenarkan pengeluaran awal wang untuk membina keyakinan mangsa terhadap pelaburan itu.
Bagaimanapun, apabila mangsa cuba untuk mengeluarkan jumlah wang yang banyak kemudian, mereka bertemu dengan halangan. Penipu ini kemudian menekan mereka supaya membayar fi tambahan, termasuk fi jaminan dan cukai bagi mendapatkan kembali pelaburan asal mereka.
Taktik pemangsa ini akhirnya menyebabkan ramai mangsa membuat aduan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Puttidej berkata dua rakyat Malaysia itu akan menghadapi pertuduhan termasuk penipuan dan jenayah siber yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - Gambar Bernama
Pelaksanaan projek HSR akan ambil kira beberapa faktor - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan semula projek HSR akan ambil kira beberapa faktor antaranya kerjasama dengan sektor awam dengan meminimumkan implikasi kewangan kerajaan
#AWANInews
#AWANInews
Singapura sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata Singapura menyokong sepenuhnya penglibatan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
#AWANInews
#AWANInews
Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.
[TERKINI] Sidang Media Bersama PM Malaysia dan PM Republik Singapura
Ikuti secara langsung sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Singapura terbuka untuk menyemak kertas cadangan baharu projek HSR
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata pihaknya optimis dan terbuka untuk menyemak kertas cadangan yang baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
#AWANInews
#AWANInews
'Semoga Titah Adendum dapat dilaksanakan segera' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan segera.
Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun
Penyanyi itu sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk menamakan anak ketujuhnya itu dengan nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof.
Singapura yakin dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura - PM Wong
Singapura yakin jalinan kerjasama dengan Malaysia dalam mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mampu membina masa depan yang lebih kukuh di antara kedua buah negara.
#AWANInews
#AWANInews
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
JS-SEZ merupakan kerjasama 'spektakular' - PM Anwar
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) memanfaatkan pendekatan baharu yang lebih menyeluruh merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, tenaga, pelaburan dua hala dan perdagangan.
#AWANInews
#AWANInews
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan.