JEMPOL: Seorang kontraktor ladang sawit kerugian RM99,855 selepas ditipu penawaran kerja menerusi Facebook, pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 21 tahun itu melihat iklan tawaran kerja di Facebook dan kemudian berurusan dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp yang memintanya memuat turun aplikasi 'Amazon Go' dengan diberikan nama pengguna dan kata laluan.
"Lelaki itu perlu membeli barang yang diiklankan menerusi aplikasi tersebut serta membuat bayaran kepada ejen perkhidmatan pelanggan (customer service) menerusi WhatsApp di talian 01121783776.
"Setiap barangan dibeli perlu berurusan dengan ejen Customer Service tersebut dan bayaran dilakukan ke akaun-akaun yang telah dinyatakan oleh ejen berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki tersebut turut meminjam duit daripada kakaknya RM25,000 dan selebihnya menggunakan duit simpanan sendiri bagi melakukan pembayaran ke dalam beberapa akaun bank berbeza.
Hoo berkata lelaki itu perlu memasukkan wang ke dalam akaun bagi mencapai sasaran pesanan tersebut dan dia dijanjikan komisen serta wang dimasukkan itu akan dikembalikan semula.
Menurutnya, lelaki berkenaan membuat bayaran menerusi 24 transaksi pada hari sama hingga Isnin lepas ke dalam tiga akaun berbeza melibatkan jumlah RMRM99,855.
Hoo berkata mangsa kemudian membuat laporan polis semalam apabila menyedari setelah kesemua pembayaran dibuat, dia masih gagal mendapat wang komisen seperti dijanjikan serta diminta melakukan pembayaran.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihati agar tidak mendedahkan data peribadi atau identiti diri kepada mana-mana individu serta tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan dengan gaji tinggi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihati agar tidak mendedahkan data peribadi atau identiti diri kepada mana-mana individu terutama berurusan secara dalam talian dan tidak pernah bersemuka.
Orang ramai perlu membuat semakan nombor di Semak Mule sebelum membuat sebarang transaksi dan menyemak latar belakang syarikat atau majikan sebelum memohon pekerjaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
![Kontraktor ladang sawit rugi RM99,855 ditipu tawaran kerja Kontraktor ladang sawit rugi RM99,855 ditipu tawaran kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635941188_FBScam.jpg)
Lelaki itu perlu membeli barang yang diiklankan menerusi aplikasi tersebut.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
![Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam' Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712655553_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
![Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709729040_suspektraktunda.jpg)
Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.
![Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000 Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram pada 23 Julai lepas.
![Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/71534165008_SPRM.jpg)
Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.
![Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658249471_scmageneric.jpg)
Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.
![Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672803107_ShamsubahrinIsmail.jpg)
Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka
Tertuduh didakwa menipu seorang Exco Kanan Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh membabitkan pembelian sebuah kereta mewah.
![Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649307029_RohaimiMdIsaKont.jpg)
Kes tipu tempahan inap desa dalam talian berulang
Polis terima aduan berhubung penipuan yang melibatkan kerugian RM2,900 susulan rumah yang ditawarkan bukan milik individu sebenar.
!['Ramai kena tipu homestay tidak wujud' 'Ramai kena tipu homestay tidak wujud'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654652246_homestay.jpg)
'Ramai kena tipu homestay tidak wujud'
Pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap digesa lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
![Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620225312_scmageneric.jpg)
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.