KUALA KANGSAR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik, Jumaat lalu.
Tertuduh, Lee Kin Peng, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya Ahmad Marikh, 13.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kilometer 38, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar, antara jam 7 hingga 7.15 pagi, pada 5 April lalu.
Kedua-dua pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM10,000 dan RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya S Vitthiyeswary menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di samping beberapa syarat tambahan.
Bagaimanapun, peguam S. Morgan yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 untuk kedua-dua tuduhan kerana anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan di samping perlu menanggung seorang isteri dan tiga anak yang masih belajar.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 untuk kedua-dua tuduhan dengan seorang penjamin.
Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran, dilarang mengganggu saksi yang juga pekerjanya dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pada Jumaat, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam nahas langgar lari di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran dengan simpang Taman Desa Salak, kira-kira jam 7.12 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 09 2024

Tertuduh, Lee Kin Peng hadir di Mahkamah Majistret Sungai Siput pagi ini. - Foto Astro AWANI
Sydney Opera House bergelap
Lampu di bangunan ikonik Sydney Opera House, Australia dipadamkan pada malam Sabtu sejajar sambutan Earth Hour Sedunia.

Belia perlu bersikap terbuka, positif dan berpendidikan tinggi - Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu golongan belia sentiasa bersikap terbuka, positif serta berpendidikan tinggi supaya dapat membawa perubahan yang lebih baik kepada negara.
Netumbo Nandi-Ndaitwah angkat sumpah Presiden wanita pertama Namibia
Netumbo Nandi-Ndaitwah mengangkat sumpah pada Jumaat sebagai presiden wanita pertama Namibia selepas memenangi pilihan raya tahun lalu.

Kampung Chinchin jadi kluster inap desa baharu, tarik pelancong sempena WTD, WTC 2025
Kampung Chinchin di Jasin bakal didaftarkan sebagai kluster inap desa baharu di Melaka, menjadikan keseluruhannya 10 kluster inap desa berdaftar di negeri itu tahun ini.
Trump batal kebenaran akses keselamatan pesaing politik
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump arah batal kebenaran akses keselamatan beberapa pesaing politik berprofil tinggi.
Mahkamah Persekutuan AS arah tidak usir pelajar
Seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat mengarahkan pentadbiran Presiden Donald trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown di Washington.
Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan amerika berusaha untuk mengusir lelaki itu selepas menuduhnya merosakkan dasar Luar Amerika selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan amerika berusaha untuk mengusir lelaki itu selepas menuduhnya merosakkan dasar Luar Amerika selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Penyambungan berperingkat, periksa keselamatan semua sistem
Penyambungan semua penerbangan akan mengambil sedikit masa bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan ke atas semua sistem selepas diaktifkan semula.
Trafik sesak di sepanjang jalan menuju Heathrow
Aliran trafik sesak di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Heathrow London pada Sabtu apabila lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.
Rewang ketupat, erat perpaduan menjelang Aidilfitri
Kemeriahan jelas dirasai apabila lebih 200 masyarakat berbilang kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama rewang membalut ketupat makanan tradisi ketika Hari Raya.

Bazar Raya NADI perkasa keusahawanan komuniti setempat - Fahmi
Bazar Raya NADI yang diadakan serentak di 1,077 NADI seluruh negara hari ini mampu membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan aspek keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat.

Kontraktor didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian dua beradik
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah datas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik.

Kontraktor dituduh bunuh penganggur
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Pasir Puteh pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Kontraktor didakwa jual darjah kebesaran Kedah
Tertuduh, Nik Hasyidat Nik Daut didakwa atas dua pertuduhan menjual darjah kebesaran negeri Kedah yang tidak diiktiraf.