KUALA LUMPUR: Konsert Muzika Ekstravaganza, yang bakal berlangsung pada Sabtu ini membuktikan betapa eratnya hubungan antara Malaysia dan Singapura, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, program itu merupakan acara penutup kepada penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Keenam Bidang Penerangan dan Komunikasi bagi kedua-dua negara dengan Malaysia menjadi tuan rumah kali ini.
"... (konsert ini) hampir setiap tahun sama ada di Singapura atau di Malaysia. Tahun ini, sempena mesyuarat yang akan diadakan, kita akan raikan kehadiran sahabat-sahabat kita dari Singapura dengan adakan satu konsert Muzika Ekstravaganza.
"Saya berharap semua penonton akan dapat saksikan secara langsung dan kita sama-sama nikmati bakat daripada Malaysia dan Singapura... hubungan yang erat akan membantu kita menjana pertumbuhan ekonomi sekali gus mencapai masa depan yang lebih cerah dan baik untuk setiap negara," katanya pada sesi rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Konsert Muzika Ekstravaganza akan diadakan pada 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini yang akan disiarkan secara langsung menerusi dua stesen iaitu TV2 (RTM) dan Suria (Mediacorp) serta secara dalam talian melalui RTMKlik (RTM) dan TOGGLE (Mediacorp).
Tema konsert kali ini adalah Duo Hits dengan gabungan artis popular dari kedua-dua negara seperti Nabila Huda, Stacy, Hazama, Hael Husaini serta veteran rock, Datuk Ramli Sarip yang merupakan anak seni Singapura, namun, berhijrah ke Malaysia.
Sementara itu, bercakap mengenai mesyuarat jawatankuasa yang dijadualkan pada petang Sabtu ini, Fahmi berkata, fokus perbincangan adalah mengenai hala tuju Memorandum Persefahaman (MoU) Malaysia-Singapura dalam kerjasama bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital yang baru dimeterai pada Isnin lepas di republik itu.
"Kita tidak boleh nafikan, zaman sekarang kita berhadapan bukan hanya ekonomi digital yang semakin mengembang di semua negara tetapi ada risiko contohnya isu 'scam' (penipuan) dan data peribadi... maka kerjasama antara kedua-dua negara ini sangat penting.
"Di Kulai dan Sedenak, Johor, ada beberapa pusat pemprosesan data dan kita lihat banyak yang akan berada di Malaysia. Jadi dari segi itu bagaimana aset-aset ini yang merupakan pelaburan daripada syarikat-syarikat asing dapat dimanfaatkan di negara kita dengan kerjasama pihak Singapura. Jadi ini antara perkara yang kita bakal bincangkan dalam mesyuarat kali ini," katanya.
Pada 19 Feb 2016, Malaysia dan Singapura telah menandatangani MoU kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi serta bersetuju melaksanakan JCM antara dua negara itu secara bergilir.
Program tersebut diadakan secara berkala dan menjadi program tahunan dengan tuan rumah dipilih secara bergilir-gilir. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Konsert Muzika Ekstravaganza, yang bakal berlangsung pada Sabtu ini membuktikan betapa eratnya hubungan antara Malaysia dan Singapura, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Gambar BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Konsert Muzika Esktravaganza buktikan hubungan erat Malaysia-Singapura - Fahmi
Program itu merupakan acara penutup kepada penganjuran JCM Keenam Bidang Penerangan dan Komunikasi bagi kedua-dua negara.