KUALA LUMPUR: Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan Inisiatif Perpaduan Korea-ASEAN (KASI) yang dilancarkan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama lebih komprehensif antara anggota ASEAN dan negara Asia Timur itu.
Menteri Luar Korea Selatan Park Jin berkata inisiatif yang dilancarkan pada akhir 2022 di bawah bidang kuasa strategi Indo-Pasifik baharu negara itu boleh mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia ketika kedua-dua pihak memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini.
"KASI bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara anggota ASEAN, pelan tindakan berorientasikan masa depannya turut digunakan untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia.
"Apa yang Korea Selatan cuba capai melalui KASI adalah bertepatan dengan nilai teras 'Malaysia Madani' - yang berasaskan sikap saling menghargai, belas kasihan, saling menghormati dan kepercayaan. Kedua-dua negara akan mencapai masa depan yang mampan dan makmur dengan menangani cabaran bersama melalui inovasi.
"Dengan garis pantai yang panjang, keselamatan pesisir pantai dan keselamatan maritim adalah isu penting bagi Malaysia. Malaysia juga merupakan negara industri maju dan negara peneraju dalam transformasi digital dan penyesuaian perubahan iklim dalam ASEAN. Dalam kaitan itu, saya yakin Korea Selatan dan Malaysia dapat meningkatkan hubungan baik sedia ada, membina kerjasama yang lebih komprehensif."
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama sempena lawatan rasminya selama dua hari di sini, mulai Isnin (1 Mei).
Park, pada Selasa, bertemu rakan sejawatnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menyaksikan kedua-dua pemimpin membincangkan langkah ke hadapan dalam mengukuhkan hubungan sedia ada Malaysia-Korea Selatan dan kerjasama dalam pelbagai aspek.
Agenda utama beliau adalah kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, tenaga hijau, budaya, pertahanan dan pendidikan, di samping bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Beliau juga membuat kunjungan hormat ke atas Anwar dan beliau turut menyampaikan salam Yoon kepada perdana menteri.
Mengulas lanjut mengenai LEP, yang diperkenalkan pada 1982 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencontohi kejayaan pembangunan dan pembinaan negara Jepun dan Korea Selatan, Park menegaskan bahawa hubungan yang terjalin lama berpotensi berkembang ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya dalam bidang ekonomi digital dan industri hiburan.
"Populariti Gelombang Korea (Hallyu) atau K-pop telah berkembang di seluruh dunia dan hasilnya, eksport kandungan berkaitan Gelombang Korea mencapai tahap tertinggi pada 2022.
"Ketika Malaysia juga menetapkan pembangunan ekonomi digital dan industri kreatif sebagai matlamat kritikal strategi pembangunan negaranya, model pembangunan Korea Selatan seperti Hallyu boleh menjadi penanda aras yang berguna.
"Kami gembira untuk berkongsi pengalaman kami dengan anda. Saya berharap kerjasama LEP ini terus berkembang untuk melibatkan ekonomi digital dan industri hiburan dalam tempoh 40 tahun akan datang," tambahnya.
Menurut Ranking Daya Saing Digital Dunia 2022 yang diumumkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Korea Selatan menduduki tempat kelapan daripada 63 negara.
Park seterusnya menyatakan penilaian Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) terhadap infrastruktur digital dan kerajaan digital yang juga mengekalkan kedudukan Korea Selatan sebagai satu negara terkemuka dunia dalam inovasi digital.
Menyentuh tentang meningkatkan hubungan antara rakyat serta hubungan mesra dua hala terjalin lebih 60 tahun, menteri luar itu berkata, ia akan terus meningkat pada masa hadapan.
"Ia berlaku dalam pelbagai bidang seperti sukan, budaya, dan kesenian. Kerajaan Korea berterusan mempromosikan hubungan antara rakyat dan pertukaran budaya yang lebih mendalam dan kuat antara kedua-dua negara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatan sulungnya, Park berkata beliau sedaya upaya mungkin berusaha untuk bertemu dengan lebih ramai orang dan melawat lebih banyak tempat.
"Lima tahun sudah berlalu sejak lawatan dua hala terakhir oleh Menteri Luar Korea Selatan ke Malaysia. Sebagai rakan Malaysia, saya sangat gembira melihat kehadiran Malaysia di arena antarabangsa semakin kukuh.
"Lebih penting, kerajaan baharu telah ditubuhkan tahun lepas, di kedua-dua negara dan sebagai rakan kongsi rapat, kami berkongsi nilai teras demokrasi dan ekonomi pasaran.
"Saya berharap lawatan saya hari ini bakal menjadi momentum untuk membentuk perkongsian lebih baik antara kedua-dua negara untuk 40 tahun akan datang," kata beliau.
Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan perdagangan berjumlah RM114.21 bilion (US$25.94 bilion), meningkat 29.3 peratus daripada nilai yang direkodkan pada 2021.
Negara Asia Timur itu juga adalah pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan bernilai RM33.0 bilion (US$9.25 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
![Konsep Malaysia Madani dijangka bantu tingkat hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan Konsep Malaysia Madani dijangka bantu tingkat hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683034015_kunjunganhormat.jpg)
Park Jin berkata inisiatif yang dilancarkan pada akhir 2022 di bawah bidang kuasa strategi Indo-Pasifik baharu negara itu boleh mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia. - Facebook Anwar Ibrahim
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739223444_YoonSukYeolSouth.jpg)
Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738567746_Leejoosil.jpg)
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
![Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738470245_VirusOutbreakSouth.jpg)
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
![Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698831714_GenericBaby.jpg)
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
![ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737287240_YuInchon.jpg)
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
![Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737257661_YoonSukYeol.jpg)
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
![Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735206198_koreaselatanahli.jpg)
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.