KUALA LUMPUR: Kerjasama parti-parti pembangkang adalah antara tujuh usul utama perbahasan dalam persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok.
Pengerusi Sekretariat Kongres AMK 2020, Syukri Razab berkata, isu lain yang akan dibahas dan menjadi perhatian ialah pandemik wabak COVID-19, program vaksinasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda serta pendidikan dalam fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Katanya, seramai 800 perwakilan AMK seluruh negara dijangka menyertai persidangan tahunan itu yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian, susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Seperti tradisi, Kongres AMK akan dimulakan dengan ucapan dasar Ketua AMK, Akmal Nasir dan diikuti dengan perbahasan ucapan dasar dan usul oleh perwakilan-perwakilan negeri. Persidangan akan disiarkan secara langsung melalui Facebook AMK dan Akmal Nasir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kongres tahunan PKR yang berlangsung selama tiga hari hingga Ahad, dimulakan dengan persidangan sayap Wanita hari ini, diikuti AMK esok dan pada Ahad ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, dijangka menyampaikan ucapan dasar. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021

Antara isu lain yang akan dibahas dan mendapat perhatian Angkatan Muda Keadilan ialah wabak COVID-19, program vaksinasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda serta pendidikan dalam fasa PdPR.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembangkang ketandusan idea, tiada keperluan bubarkan Parlimen - AMK
Pembangkang gagal menawarkan penyelesaian alternatif yang bermanfaat kepada rakyat dan negara.

PRK Sungai Bakap: AMK harap orang muda dipilih jadi calon
AMK akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda dalam PRK DUN Sungai Bakap akan datang.

Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.

Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.

AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal
AMK Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu.

Ugutan ke atas Ketua Hakim, ambil tindakan segera - AMK
Percubaan mengheret semua pihak termasuk mahkamah dan sistem keadilan untuk mengikut rentak dan kehendak pihak tertentu disifatkan melampau.

Adam Adli ikrar mahu pimpin AMK dengan adil dan saksama
Adam berkata, kemenangan yang dianugerahkan tempoh hari, beliau terima sebagai sebuah amanah berat yang perlu dijaga dengan cukup cermat.

Keadilan mahu jadi parti terkuat, terbesar selepas PRU15 - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, PKR bercadang untuk menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN yang akan ditandingi pada pilihan raya umum seterusnya.

PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir
Enam kerusi bersamaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan 20 kerusi yang diperuntukan untuk Keadilan.