KUALA LUMPUR: Syarikat konglomerat diseru untuk memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seperti mana sokongan terhadap bidang-bidang lain termasuk pendidikan, syarikat-syarikat besar itu juga perlu mengambil peluang sama bagi memajukan industri seni.
“Seperti mana saya gesa, ada usaha dalam pelbagai bidang pendidikan, seni, teater untuk (syarikat besar) (memberikan) dokongan.
“Kalau kita ada 30 konglomerat beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya serta pendidikan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? di Muzium Kesenian Islam, di sini.
Hadir sama ialah Pengerusi Yayasan Al Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al Bukhary.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pameran yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia ini adalah antara yang terbesar di dunia.
Justeru, beliau berharap masyarakat mengambil peluang untuk mengunjungi pameran berkenaan.
“Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini, ia agar unik kerana belum dapat dihebahkan dan dipersembahkan di mana-mana dunia melainkan di muzium London, itu pun pada skala kecil.
“Skala besar, ini yang pertama yang pernah diadakah di dunia.
“Jadi sewajarnya masyarakat menggunakan peluang ini kerana kalau di tempat lain, kosnya terlalu tinggi,” tambah Perdana Menteri.
Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? merupakan sebuah kisah mengenai hubungan antara Eropah, Amerika dengan dunia Timur yang telah diterokai oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia sejak 15 tahun lalu.
Pameran istimewa koleksi lukisan-lukisan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 ini belum pernah diperlihatkan di luar Eropah, mahupun Amerika.
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan antara pemilik koleksi lukisan orientalis terbesar di dunia.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 02 2023
![Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685702757_TBANWARORIENTALISM.jpg)
Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran 'Orientalism Paintings' hari ini. Turut kelihatan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. - Foto Bernama
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685702757_TBANWARORIENTALISM.jpg)
Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar
Syarikat konglomerat diseru untuk memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara.
![Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594900767_simoncowell.jpg)
Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music
Hak cipta format televisyen yang dihasilkan Cowell itu akan dipindahkan ke syarikat baharu, Syco Entertainment, yang dimiliki beliau sepenuhnya.
![Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97 Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579471287_TBShinKyukHo.jpg)
Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97
Shin Kyuk-ho menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.
![Pemindahan ibu negara Indonesia hanya untungkan konglomerat - Ahli akademik Pemindahan ibu negara Indonesia hanya untungkan konglomerat - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578373906_PemindahanIbuKota.jpg)
Pemindahan ibu negara Indonesia hanya untungkan konglomerat - Ahli akademik
Katanya, kajian lebih mendalam tidak dilakukan mengenai impak perpindahan berskala mega itu ke atas rakyat Indonesia, khususnya di Jakarta dan Kalimantan sendiri.